Khamis, 18 Disember 2014

kantoi penjara di ubah suai jadi mewah untuk raja dadah

Penjarakah Ini..? Antara sel banduan yang diubahsuai jadi kediaman mewah berjaya dibongkar Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima.

Penjara terbesar di Filipina, Penjara Bilibid didapati menyimpan rahsia kehidupan mewah beberapa banduan profil tinggi yang sepatutnya jalani kehidupan susah sebagai hukuman.




Penjara terbesar di Filipina, Penjara Bilibid didapati menyimpan rahsia kehidupan mewah beberapa banduan profil tinggi yang sepatutnya jalani kehidupan susah sebagai hukuman

MANILA – Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu, Bilibid di bandar raya Muntinlupa dekat sini awal subuh semalam berjaya membongkar kehidupan mewah beberapa raja dadah tempatan yang menjadi banduan di situ.
Perkara amat memeranjatkan itu didedahkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima sekali gus membuktikan ramai pegawai penjara bersubahat menerima rasuah daripada tahanan terbabit yang menjalani hukuman di penjara berkeluasan 550 hektar itu.
national-bureau-of
Antara ditemui dalam serbuan mengejut itu ialah beberapa bilik kurungan yang langsung diubah suai menjadi seperti vila lengkap dengan 20 pendingin udara, lampu strob dan bola cermin ala disko, bar, jakuzi, anak-anak patung s3k serta dadah jenis metamfetamin

.
“Mereka sepatutnya hidup terkurung seksa dalam bilik tetapi apa yang berlaku, banduan mewah ini menjadi raja pula,” kata de Lima kepada pemberita dan mengesahkan polis juga menjumpai wang tunai 1.4 juta peso (RM110,000) dalam operasi serbuan itu.
Turut ditemui ialah sebuah pentas konsert mini lengkap televisyen skrin rata, satu set dram, gitar dan keyboard serta sebuah peti besi rahsia yang mengandungi beberapa utas jam tangan mahal jenama Rolex dan Patek Philippe selain banyak dompet Louis Vuitton.
Polis turut menjumpai beberapa bilik mandi dengan dinding dilindungi jubin marmar, pancuran mandi air panas dan sebuah tab mandi dilengkapi televisyen skrin rata manakala sebuah lagi bilik rahsia menyimpan sejumlah jenama minuman keras harga mahal.
Penjara Bilibid yang dibuka sejak 1940 sepatutnya menempatkan 8,900 banduan tetapi rekod menunjukkan ia kini dihuni 23,000 tahanan dengan beberapa vila mewah dibina untuk pesalah raja dadah, ketua samseng dan banduan berprofil tinggi. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan