Ahad, 25 Januari 2015

[18sx] Perempuan Jepun Selamba Jer Pakai Baju Gila Seksi Di Tempat Awam

Lihatlah wanita atau gadis di negara matahari terbit Jepun ini berpakaian...ntah la apa nak dikata...apa motif mereka ni berpakaian begitu....seksi ke...seksa adalah...jom kita tengok...cekidot...













sumber:tabekpuang

Sabtu, 24 Januari 2015

JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun

KEPALA BATAS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya akan membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang itu.

"JPJ akan laksanakan secepat mungkin untuk kemudahan pelbagai pihak dan saya rasa harga untuk mengambil lesen memandu kereta dan motosikal selepas ini lebih murah sedikit," katanya selepas Program Satu komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga di sini hari ini.

Program tranformasi JPJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lancar kepada penduduk di luar bandar itu dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memutuskan individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang

Empat sekeluarga maut serentak

JASIN – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau dekat sini semalam. Mangsa ialah Ida Dollah, 46, yang memandu kereta berkenaan, dua anaknya, Siti Rohana Abd. Ghafar, 23, dan Sit
i Rohani, 18, dari Kesang Laut, Muar, Johor serta ibu mentua Ida, Saimah Wahab, 77.

Seorang jurucakap bomba berkata, kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Kancil dipandu Ida dari arah Bandar Melaka dilanggar sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.


Advertisement

Katanya, kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve yang datang dari arah belakang menyebabkan dua anak Ida, Siti Rohana dan Siti Rohani, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Kejadian itu turut menyebabkan Ida, seorang pekerja kilang dan Sai­mah, yang duduk di tempat penum­pang hadapan tersepit.

“Keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Perdana mengalami kecede­raan ringan sementara pemandu Proton Preve tidak cedera,” katanya.

Menurut suami Ida, Abd. Ghafar Said, 49, isterinya ada memberitahu yang mereka hendak pergi ke Bandar Melaka kira-kira pukul 9.30 pagi semalam

Zamani: Saya minta maaf

Zamani (Slam)
"SAYA minta maaf kepada semua dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini,” demikian kata-kata yang dipetik lahir daripada bibir bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani pada satu sidang media hari ini.

Pengurus Zamani, Johan Aziz ketika dihubungi Sinar Online memberitahu, pelantun lagu Sang Pari-pari itu kini dibebaskan di bawah jaminan polis berazam untuk pulih dan tidak akan mengulangi sejarah hitam hidupnya.

“Sekarang ini, dia sudah dibebaskan. Buat masa ini, dia hanya mahu berehat. Tapi dia minta maaf atas apa yang berlaku. Dia berjanji akan cuba memperbaiki diri dan bebaskan diri dari belenggu dadah,” katanya.

Menurut Johan, pihaknya dan keluarga kini berusaha mencari jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Dia sendiri mahu berubah dan sekarang ini kami dan keluarga masih berbincang untuk membantunya,” katanya lagi.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi pada Rabu lepas.

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

sumber :hiburan sinar

Selasa, 13 Januari 2015

Hukuman denda, penjara 6 bulan

KUALA LUMPUR – Kontroversi aksi panas berpeluk dan bercium antara ahli kumpulan K-Pop, B1A4 dengan peminat wanita Islam bertudung pada konsert di Life Centre di sini Sabtu lalu makin memuncak apabila pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan tegas walaupun penganjur menyatakan permohonan maa
f semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan te­gasnya semalam mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tin­dakan sewajarnya ter­hadap penganjuran kon­sert kumpulan K-Pop, B1A4 Live in Kuala Lumpur, ekoran insiden tidak senonoh tersebut.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, insiden beberapa orang gadis Melayu bertudung dicium dan dipeluk artis dari Korea Selatan itu secara jelas bertentangan dengan syarak dan menjelekkan pandangan masyarakat umum

sumber :kosmo

Sumbat 17 Pati dalam dua kereta

Syed Basri menunjukkan tayar kereta yang digunakan untuk menyeludup Pati bocor selepas terbabas di pembahagi jalan ketika cuba lari daripada ditahan UPP, Perlis.PADANG BESAR - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan 20 pendatang asing tanpa izin (Pati), termasuk tiga tekong tempatan, dalam tangkapan berasingan di Jalan Sahabat, Kaki Bukit dan Jalan Gial, Mata Ayer, dekat sini, semalam.

Komander UPP Perlis Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian jam 5.10 pagi semalam, anggota UPP Padang Besar menahan Proton Wira kelabu yang dalam perjalanan dari Jalan Sahabat, Kaki Bukit, menghala ke Kangar.

Beliau memberitahu, setelah diperiksa, seramai lima Pati termasuk seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berada di tempat duduk belakang, manakala dua lagi berada dalam but kereta.

“Mereka ditahan setelah gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.

"Turut ditahan dua tekong, iaitu pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan warga tempatan berusia 49 dan 46 tahun.

“Kira-kira 25 minit kemudian, sekumpulan anggota yang turut membuat rondaan menahan 10 Pati warga Myanmar menaiki Proton Wira kuning di Jalan Mata Ayer.

"Seorang tekong yang memandu kereta juga ditahan,” katanya kepada pemberita di Kompleks UPP Padang Besar, di sini, semalam.

Menurut Syed Basri, tiga Pati dari Myanmar berada di dalam but, manakala tujuh lagi berhimpit di tempat duduk belakang dan seorang wanita di tempat duduk penumpang hadapan.

Beliau berkata, kesemua Pati yang ditemui itu, berusia antara setahun dan 32 tahun dipercayai bolos melalui pagar sempadan Malaysia-Thailand antara jam 3 dan 5 pagi semalam, sebelum dijemput tekong darat di sempadan.

“Kita syak mereka ini masuk beramai-ramai sebelum menaiki dua kereta itu dan berpecah.

“Seramai 17 Pati terbabit kini ditahan untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan tiga tekong itu disiasat mengikut Akta Atipsom Seksyen 26(A) 2007 pindaan 2010 kerana memperdagangkan manusia,” katanya

sumber sinar

Jumaat, 9 Januari 2015

Anggota polis dituduh tukar sampel air kencing

Seremban: Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, atas pertuduhan menerima suapan RM500 daripada seorang wanita bagi menukar sampel air kencing daripada positif dadah kepada negatif di sebuah bank di Gemas, Tampin pada 23 Julai tahun lalu.

Tertuduh, Sarjan Zaharudin Mohd Nor, 52 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamaruddin Kamsun selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pendakwaan, tertuduh menerima RM500 daripada seorang wanita, Nazariah Abdul Rahman di sebuah bank di Jalan Mahkamah, Gemas, Tampin pada jam 1.51 petang, 23 Julai tahun lalu bagi menukar sampel air kencing milik Khairil Anuar Kardi daripada positif dadah kepada negatif.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Negeri Sembilan Nurdiyana Mohd Nawawi menawarkan jaminan RM14, 000 kerana membabitkan kes serius sebelum Kamaruddin memberikan jaminan RM8000.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan kes disebut semula pada 13 Februari depan.

sumber : metro

tiba tba berasap

Kira-kira 300 penumpang diarahkan keluar selepas bahagian enjin sebuah feri di Georgetown tiba-tiba berasap.
GEORGETOWN - Kira-kira 300 penumpang diarahkan keluar selepas bahagian enjin sebuah feri di sini, tiba-tiba berasap, pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika feri berkenaan berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, Feri Pulau Payar berkenaan berpatah balik ke jeti selepas bahagian belakang feri itu dipenuhi kepulan asap hitam dipercayai berpunca dari kerosakan enjin.

Wakil Penang Port Sdn Bhd (PPSB) berkata, kesemua penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, bahagian enjin yang rosak menyebabkan kepulan asap hitam keluar dari bahagian belakang feri.

"Tetapi tiada sebarang kebakaran yang berlaku serta keadaan dapat dikawal oleh kru feri yang terlatih supaya bersedia dengan langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan dalam pelayaran.

"Kita sentiasa memastikan feri dalam keadaan baik untuk kegunaan setiap hari, tetapi kemungkinan berlaku kejadian tidak diduga misalnya kebocoran atau kebakaran tidak boleh diduga sama sekali," katanya

sumber : sinar

Awie tidak tahu sijil nikah palsu

Sejak pertengahan tahun lalu, nama Awie hangat diperkatakan ekoran dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun,37. Terbaharu, sijil nikah pasangan yang berkahwin di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan didaftarkan di Jabatan Agama Pulau Pinang itu pula disahkan palsu oleh bekas Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Yusoff Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pengesahan itu bermakna, selama sembilan tahun Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, menggunakan sijil nikah palsu sepanjang menjalani kehidupan rumah tangga dengan Rozana sehingga dikurniakan tiga orang anak Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie yang dihubungi Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu sijil nikah palsu itu mendedahkan, beliau sendiri tidak menyedari bahawa sijil nikah yang digunakan sepanjang sembilan tahun itu adalah palsu sehinggalah kemelut rumah tangganya dibawa ke mahkamah pada tahun lalu.

Jelas vokalis kumpulan Wings itu, beliau sedar kepentingan memiliki sijil nikah. Tidak mungkin beliau akan membiarkan perkara itu jika sedar sijil nikah yang didaftarkan di Jabatan Agama Pulau Pinang itu adalah palsu kerana ia bukan sahaja memudaratkan dirinya tetapi juga masa depan anak-anaknya. Pada masa yang sama, Awie turut menyelar tindakan isterinya yang membawa kes itu di mahkamah sehingga memalukan seluruh keluarga sedangkan perkara itu boleh masih diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Kosmo!: Tahun baharu 2015 nampaknya tidak dapat memisahkan Awie dengan kisah kontroversi. Terbaharu, sijil nikah dengan Rozana disahkan palsu oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Bagaimana perkara yang sebegitu serius kesannya tidak disedari oleh anda?

AWIE: Selepas kecoh hal sijil nikah itu palsu, saya pergi sendiri ke Jabatan Agama Pulau Pinang untuk pastikan sijil nikah itu palsu atau tidak. Jika saya tahu tidak mungkin saya terlalu bodoh untuk membiarkan perkara itu kerana ketiadaan sijil nikah bukan sahaja memudaratkan diri saya tetapi juga anak-anak.

Apakah yang membuatkan anda yakin bahawa sijil nikah anda selama ini adalah sah sepanjang sembilan tahun berkahwin dengan Rozana?

Selepas bernikah di Thailand, saya menggunakan khidmat ejen (orang tengah) untuk mendaftarkan pernikahan saya di Malaysia kerana saya sedar kepentingan untuk memiliki sijil nikah yang sah mengikut undang-undang Malaysia. Waktu itu, saya masih berstatus suami orang dan Rozana merupakan isteri yang kedua. Ketika itu, dia juga belum bersedia untuk memberitahu perkahwinan kami kepada keluarganya. Jika saya sendiri yang pergi mendaftar pernikahan tersebut, sudah tentu berita perkahwinan kami akan diketahui semua orang. Perkara itu (daftar menggunakan ejen) dibuat atas nasihat isteri saya juga. Kami memperoleh sijil nikah beberapa bulan selepas tarikh perkahwinan. Jadi, saya tidak mempunyai sebarang keraguan. Saya yakin sijil nikah itu sah di sisi undang-undang kerana saya tidak menghadapi sebarang masalah memiliki surat kelahiran untuk ketiga-tiga anak kami.


Selepas berita sijil nikah palsu kalian menjadi berita utama, apakah kesan terhadap kehidupan anda dan juga anak-anak?

Kesannya bukan sahaja memalukan saya tetapi juga anak-anak. Saya tidak faham mengapa seorang ibu sanggup memalukan anak-anaknya sendiri walaupun perkara ini boleh diselesaikan secara baik. Sekarang, orang mempersoalkan status ketiga-tiga anak kami, sedangkan perkahwinan kami sah mengikut syarak, cuma tidak didaftarkan di Malaysia melalui jalan yang betul. Cukuplah Rozana memalukan saya tetapi mengapa perlu membabitkan anak-anaknya juga.

Jadi, anda tiada niat untuk menyorokkan perkahwinan bersama Rozana?

Waktu berkahwin, Rozana merupakan isteri kedua, bagi menyelamatkan keadaan saya terpaksa menggunakan ejen, tetapi saya tiada niat untuk sorok perkahwinan bersama Rozana kerana sedar lambat laun orang akan tahu juga ditambah dengan status saya sebagai selebriti. Kami juga telah mengadakan majlis resepsi untuk memberitahu masyarakat tentang perkahwinan tersebut, jadi tidak timbul isu sorok perkahwinan.

Adakah anda ada berbincang dengan isteri untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga secara baik?

Peluang untuk berbincang dan selesaikan masalah rumah tangga kami secara baik sentiasa terbuka. Bagaimanapun, Rozana sengaja mencari kesalahan dan cuba memalukan saya. Bagi saya, apa yang dilakukan Rozana merupakan jalan untuk melepaskan dirinya dan meletakkan segala kesalahan di atas bahu saya seorang. Sekarang, terpulanglah kepada dia kerana dia sudah matang dan boleh berfikir sendiri.

Bagaimanakah masa depan perkahwinan anda dan Rozana?

Saya sendiri tidak tahu, tunggulah kes mahkamah diselesaikan terlebih dahulu. Kami masih suami isteri yang sah dan saya tidak akan menceraikannya lagi buat masa ini. Saya kehilangan banyak benda akibat tindakan Rozana, termasuk maruah diri dan wang kebajikan untuk anak-anak. Mungkin saya akan beri syarat yang adil untuk kedua-dua pihak andai perpisahan berlaku pada masa hadapan

sumber :  kosmo

Isnin, 5 Januari 2015

Guru diculik 3 lelaki menyamar polis

Gambar hiasan
ERTIH - Seorang guru lelaki diculik dan dikurung hampir dua hari oleh tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis yang datang ke chaletnya dekat Pantai Air Tawar, di sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi Khamis lalu, tiga penjenayah itu mendakwa guru berumur 54 tahun itu kononnya terlibat dengan pengedaran dadah dan perlu dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, guru itu memberitahu, dua daripada tiga lelaki itu datang ke chaletnya dan memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis.

Menurutnya, mereka membawa guru itu keluar kononnya untuk ke balai polis dengan menaiki kereta Proton Perdana milik mangsa, namun mangsa sebaliknya dibawa ke sebuah rumah kayu usang milik seorang lelaki lain, dipercayai di Melor, Kelantan.

“Mereka merampas barangan milik mangsa seperti wang tunai RM700, sebuah telefon bimbit dan beberapa dokumen penting.

“Mangsa dikurung di rumah itu dan semalam (kelmarin), dia dibawa dengan keretanya itu, yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Mereka juga meminta guru itu menunjukkan rumahnya dengan alasan mahu menghantar dia pulang, tetapi sebaliknya mereka merampas kunci pendua kereta Toyota Vios milik isteri mangsa serta kunci rumah mereka,” katanya.

Khaled berkata, guru itu dibawa ke Kampung Bukit Kenak, kira-kira jam 5 pagi kelmarin, di mana dia diugut akan dicederakan.

Menurutnya, guru itu kemudian sekali lagi dibawa ke sebuah rumah kosong dan dikurung, tetapi dia berjaya melepaskan diri kira-kira jam 1 petang kelmarin.

“Sebaik berjaya melarikan diri, mangsa meminta bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Melor.

Khaled berkata, setakat ini, kejadian dipercayai bermotifkan samun, tetapi polis masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan punca kejadian dan tempat mangsa dikurung.

“Siasatan awal mendapati, tiga suspek bersenjatakan pisau dan mangsa memaklumkan tidak mengenali suspek,” katanya.

Menurut Khaled, guru itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya giat memburu tiga penjenayah itu yang turut melarikan kereta Proton Perdana milik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana pemerasan

Nina Juren kembali aktif

Nina Juren
BILA menyebut nama Nina Juren, barangkali ada di antara peminat industri hiburan menyangkakan figura itu adalah pelakon baharu bertapak di dalam industri seni.

Namun sebenarnya, pemilik nama sebenar Haznina Juren Haniff cukup dikenali sebagai pelakon hebat sekitar 1990-an, menerusi lakonan berkesannya dalam filem Lenjan, arahan Ismail Yaacob.

Filem yang turut dibintangi aktor Eman Manan dan Rosyam Nor ini berjaya meletakkan Nina sebaris dengan pelakon handalan lain.

Selain itu, juga pernah membintangi beberapa filem lain seperi Puteri Impian, KLU, Panas, Kembara, Bintang 3, Femina dan banyak lagi.

Namun selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ibrahim Md Nor dan dikurniakan cahaya mata, Nina mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya demi membesarkan anak-anak.

Tidak menyesal dengan keputusannya itu, Nina mengakui, dia kini amat merindui bidang seni.

“Apabila anak sudah tidur, saya sering meluangkan masa untuk menonton kembali drama-drama di semua saluran TV, sampaikan suami pun berkata, nampak sangat saya rindu untuk kembali berlakon.

“Tapi ketika itu memandangkan anak masih kecil, jadi saya buat keputusan untuk memberi tumpuan kepada anak-anak kerana mereka juga lebih perlukan saya. Cuma sekarang anak-anak sudah besar, barulah saya berani untuk kembali aktif,” ujarnya yang ditemui media selesai tayangan filem Romeo Kota, Fail Kes: Kriptik.

Menganggap filem terbabit sebagai tanda rasmi dia kembali aktif di dalam bidang seni, Nina berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak.

“Suami saya memang tidak pernah menghalang saya berlakon, cuma saya yang membuatkan keputusan untuk memberi tumpuan pada keluarga. Sebelum saya buat keputusan untuk kembali aktif, saya ada buka akaun Instagram dan ada antara komen yang saya terima,
bertanyakan bila saya akan kembali berlakon, ada yang kata mereka ingat lagi suara saya.

“Dari situ semangat saya jadi berkobar-kobar untuk kembali berlakon. Selain itu rasa rindu yang membuak-buak untuk berjumpa dan berlakon bersama kawan-kawan membuatkan saya teruja untuk kembali aktif,” katanya yang kali terakhir berlakon dalam Impak Maksima The
Series, tujuh tahun lalu.

Mengakui akan lebih selektif dalam memilih watak, Nina bagaimanapun tidak kisah andai di beri peranan sebagai seorang ibu, asalkan ia tidak terlalu berlebihan.

“Dari segi watak, saya akan pilih jugalah, apatah lagi saya kini sudah bergelar isteri dan ibu. Tapi saya tidak kisah membawa watak emak, asalkan anak saya tidaklah terlalu besar dan kalau nak jadi heroin pun, tak perlulah hero itu tampak jauh lebih muda dari saya.

“Orang kata, biar berpada-padalah, nanti orang kata saya tak sedar diri pula,” katanya ketawa.

Biarpun sedar dengan persaingan artis-artis baru di dalam industri kini, beliau memuji sebilangan mereka yang memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam menghadapi persaingan hebat masa kini.

“Bagaimana mereka di belakang tabir saya tak tahu, tetapi apabila berada di depan kamera saya dapat rasa komitmen mereka sahaja seperti artis-artis terdahulu. Bagus juga artis-artis sekarang mereka pandai menggunakan karakter yang diberikan,” katanya.

Dalam filem Romeo Kota, Kes Fail: Kriptik, Nina bakal membawakan watak anak dara tua yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej yang jatuh hati dengan anggota polis yang menyamar sebagai pensyarah baharu iaitu Aaron Aziz.

Filem Romeo Kota, Kes Fail: Kriptik akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Januari depan.

Selain itu, Nina juga baru selesai menjalani penggambaran drama tujuh episod Jangan Lafaz Janji untuk siaran RTM1.


Rahsia kecantikan

Dalam pada itu, ketika sesi temu bual dijalankan, rata-rata media yang hadir mengagumi kecantikan wanita berusia 43 tahun ini yang kelihatan tidak dimamah usia.

Dengan kulit yang masih bersih, dan tubuh langsing biarpun sudah mempunyai enam orang anak, Nina menegaskan tidak mengamalkan apa-apa petua atau rahsia dalam menjaga kecantikan.

“Kalau bersenam, saya mengakulah, lepas umur 40-an memang perlu untuk sentiasa bersenam. Sebab kadang-kadang saya perasan bentuk badan akan berubah sendiri. Namun dari segi pemakanan atau amalan, tidak ada apa-apa pula yang saya buat.

“Cuma saya dari dulu memang tak makan pedas dan bila keluar, saya tak suka bersolek,” ujarnya.

Sabtu, 3 Januari 2015

Ah Long Mula 'Turun' Ke Kelantan

Ah Long Mula 'Turun' Ke Kelantan“Saya dapat laporan ah long sudah pergi ke Kelantan dan tawarkan bantuan pinjaman kepada mereka (mangsa banjir),” demikian kegusaran yang disampaikan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Pementasan Sirah Rasulullah ditambah sehari lagi

Pementasan teater muzikal, 'Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta' yang berlangsung di Istana Budaya, malam tadi.
PEMENTASAN drama muzikal, 'Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta' akan ditambah sehari lagi daripada perancangan asal susulan rasa prihatin terhadap bencana banjir yang melanda negara ini.

Pengarahnya, Eirma Fatima berkata, seluruh hasil kutipan pada pementasan tambahan yang dianggarkan RM150,000 itu akan disalurkan kepada tabung bencana bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

"Memandangkan bencana yang menimpa negara kita ini, maka seluruh artis dalam pementasan Sirah Rasulullah membuat keputusan untuk menambah pementasan tersebut sehari lagi daripada perancangan asal.

"Seluruh hasil jualan tiket pada 7 Januari itu akan disalurkan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima. Kutipan tiket pada hari itu kalau habis terjual, kita mungkin akan dapat RM150,000. Keseluruhannya untuk tabung bencana.

"Manakala sebahagian hasil daripada pementasan pada 3 Januari hingga 6 Januari juga akan disalurkan kepada tabung bencana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Istana Budaya, malam tadi.

Mengulas lanjut, pihaknya mengalu-alukan sumbangan berupa barangan kering untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir yang akan diterima sendiri oleh para artis Sirah Rasulullah pada 7 Januari depan.

Malah menurut Eirma, pihaknya turut merancang untuk turun padang menyerahkan sumbangan.

"Artis-artis ini akan menerima barangan itu pada jam 2 hingga 6 petang, 7 Januari ini di Istana Budaya.

"Kita juga merancang untuk turun ke kawasan-kawasan banjir untuk serahkan sumbangan itu kepada mangsa-mangsa banjir," katanya.

Antara artis yang terlibah adalah Datuk Siti Nurhaliza, Awie, dan Amy Search.

Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta yang dipentaskan bermula 3 Januari hingga 7 Januari itu merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu-lagu kisah Nabi dan Selawat

Banjir: Kisah wira di sebalik tabir

Keadaan banjir di Kelantan
KUANTAN - Sejak bencana banjir melanda negara pertengahan bulan lepas, jumlah mangsa banjir dan bantuan yang disalurkan pelbagai pihak tersiar saban hari baik dalam media cetak mahupun media elektronik.
 
Namun begitu, tidak ramai mengetahui tentang wira di sebalik tabir yang bertungkus lumus menyediakan semua maklumat untuk tatapan umum itu.
Mereka yang bertanggungjawab memainkan peranan penting itu adalah petugas di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dianggotai wakil daripada 17 agensi kerajaan, antaranya pasukan 4 Bridged Mekanise, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang dan Jabatan Pertahanan Awam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamad Noor Yusuf Ali berkata PKOB Pahang beroperasi 24 jam sehari di tingkat tujuh Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang untuk memastikan semua pihak memperoleh maklumat tepat bagi membolehkan bantuan disalurkan.
"Kami bertugas tiga syif dan setiap syif seramai 30 orang. Walaupun tidak berada di lapangan, anggota yang bertugas di sini tidak menang tangan menerima panggilan telefon seterusnya melaporkan lokasi mana yang kritikal dan perlu diberi perhatian segera.
"Contohnya, apabila kita menerima panggilan daripada orang awam mengatakan ada mangsa banjir sakit tenat dan perlu segera dihantar ke hospital, maka TUDM bertindak menggerakkan aset helikopternya untuk menyelamatkan mangsa terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohamad Noor berkata, pada masa sama, penyelia bertugas sentiasa memberi taklimat dan motivasi kepada petugas di sini agar mereka tidak bekerja dalam keadaan tertekan walaupun kediaman serta keluarga petugas itu sendiri turut terlibat dalam musibah banjir.
 
Beliau berkata setakat ini 40 keluarga anggota polis melibatkan 219 mangsa terpaksa berpindah ke asrama polis di Alor Akar dekat sini sejak Isnin lepas setelah kediaman mereka dinaiki air.
Sementara itu, Kapten Zoolamali Shodali dari TUDM Kuantan berkata pengalaman pertama kali bertugas di PKOB semasa musim banjir ini benar-benar mencabarnya terutama dalam melayani panggilan dan kerenah mangsa banjir. 

"Setiap minit telefon berdering... rata-ratanya daripada orang awam atau mangsa banjir. Mereka tidak putus-putus meminta bantuan supaya diselamatkan dan ada yang merayu meminta bantuan makanan.
"Kadang-kadang saya turut berasa sebak namun tetap melayan panggilan mereka sebaik mungkin," katanya merujuk kes pelancong yang terperangkap di Taman Negara, Jerantut baru-baru ini.
Zoolamali berkata, beliau turut menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan tentang seorang pesakit buah pinggang di Temerloh yang dalam keadaan kritikal dan perlu dihantar ke hospital segera.
"Tugas utama saya adalah mengesan lokasi itu serta koordinat tempat kejadian selain bekerjasama dengan polis mencari kawasan selamat yang paling hampir dengan lokasi mangsa sebelum menghantar bantuan udara untuk mengambil pesakit," katanya.
Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri Muhammad Khairul Nizam Mardi pula berkata beliau bersama rakan setugasnya, Penolong Penguasa Bomba Fariz Ab Rahim terpaksa bekerja 12 jam sehari bagi dua syif di sini.
"Rutin bekerja dengan masa yang tidak menentu sejak Jumaat lepas dan walaupun kami di sini tidak dapat turun padang membantu, khidmat kami di sini sebenarnya juga sangat penting kerana kami merupakan orang pertama yang menerima laporan dan maklumat daripada orang awam serta mangsa banjir yang memerlukan bantuan.
"Hasil latihan yang mencukupi sebelum ini, kami tidak ada sebarang masalah untuk bekerja tanpa mengira masa demi sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di luar sana," katanya. - Bernama

Jumaat, 2 Januari 2015

Kes tembak: KBS serah kepada polis siasat

Khairy Jamaluddin
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes tembakan membabitkan Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, Rabu lepas.

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian terhadap kes tersebut kerana akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

"Buat masa ini kita tak tahu, tak boleh syak sesiapa walaupun saya sedia maklum dalam KOM tahap politiknya begitu tinggi," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kepada masyarakat Siam di Kampung Teresek, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Noorul Ariffin cedera ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh ketika dia baru sahaja pulang dari surau berdekatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang dilaporkan sebagai berkata hasil soal siasat, mangsa dikatakan pernah menerima ugutan kira-kira sebulan yang lepas.

Bagaimanapun, katanya motif kejadian masih dalam siasatan. - Bernama