Ahad, 30 November 2014

GAMBAR PENYERANG PASUKAN HARIMAU MALAYA SAFEE SALI SEDANG LEPAK DAN MAKAN SAMBIL HISAP ROKOK SEHINGGA LARUT MALAM MENGUNDANG KRITIKAN PEDAS DARI PEMINAT BOLAK SEPAK TANAH AIR.

Gambar penyerang kebangsaan, Safee Sali sedang lepak dan makan sambil hisap rokok hampir jam 12.00 tengah malam di khalayak ramai di sebuah kedai makan di Singapura mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan peminat bola sepak. Ramai yang mengecam tindakan Safee Sali tersebut ditambah lagi dengan prestasi merudum penyerang tersebut bersama skuad negara yang sedang berjuang di AFF Suzuki 2014 di Singapura. Safee Yang Merokok bukan lagi Safee Yang Menunggang.


Lagi gerai peniaga Melayu diroboh

PULAU PINANG . - Nasib peniaga Melayu di negeri ini terus ditindas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang keli­ha­tan semakin rakus melancarkan operasi ‘memerangi’ mereka dengan me­ro­­bohkan gerai makan yang di­usa­hakan.
Terbaharu, tiga peniaga di Jalan Sungai Dua berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hilang mata pencarian apabila gerai yang diusahakan sejak 15 tahun lalu, dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, gerai-gerai itu dirobohkan tanpa sebarang notis dan perbincangan.
Pemilik gerai sate, Roslan Bakar mendakwa, dia hanya mendapat tahu gerainya telah dirobohkan daripada seorang kenalan kerana ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Bukit Gedung.
“Apabila sampai, anggota penguat kuasa sudah selesai merobohkan gerai kami dan hanya barang-barang niaga seperti meja dan kerusi berselerak di situ.
“Saya sangat sedih kerana selama 15 tahun berniaga di situ tiada sebarang masalah kerana tapak niaga kami dimiliki oleh sebuah syarikat swasta dan setiap bulan kami membayar sewa RM1,000,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengenai punca gerai mereka dirobohkan, Roslan berkata, tindakan itu mungkin disebabkan ada struktur binaan gerainya ‘termasuk’ ke dalam kawasan tanah terbiar milik kerajaan negeri yang terletak bersebelahan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak harus melakukan tindakan meroboh secara tergesa-gesa dan perlu lebih bertimbang rasa dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu.
“Tindakan mereka tidak adil kerana kedudukan gerai bukannya di tepi jalan serta tidak mengganggu lalu-lintas.
“Apa yang menimbulkan persoalan, gerai peniaga bukan Melayu di ka­wasan lain yang secara terang-te­rangan berada di tepi jalan dan menye­babkan kesesakan dibiarkan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Ja­wa­tankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu-lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow ketika ditanya mengenai perkara itu hanya berkata, beliau tidak ada maklumat

Eh Eh Bustfest Putrajaya 2014: Mari naik bas bersama artis -

Misi penganjuran kempen Eh Eh Bustfest Putrajaya 2014 adalah untuk meningkat-kan kesedaran orang ramai mengenai penggunaan dan kepentingan pengangkutan awam iaitu bas Putrajaya.
Kempen ini dianjurkan Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB) buat julung kalinya dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Putrajaya dan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.
Ia juga untuk mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral sebagai hab pengangkutan awam untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang.
Kempen Eh Eh Bustfest akan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember nanti dari jam 10 pagi hingga 10 malam. di sekitar Stesen Putrajaya Sentral, Presint 7, Putrajaya. Ia akan dirasmikan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.
Apa yang menarik, kempen ini membabitkan penampilan barisan selebriti popular tanah air seperti penyampai radio yang popular dengan Slot Suria Cinta FM iaitu DJ Lin, Puteri Sarah Liyana, Hafiz Hamidon, Rita Rudaini, Andy Flop Poppy, Sharifah Zarina, Noryn Aziz, Intan Ladyana dan Sharifah Shahora.
Bagi pelakon popular Rita Rudaini, dia berasa terpanggil untuk menjayakan kempen Eh Eh Bustfest Putrajaya 2014 kerana ingin sama-sama merealisasikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan kesedaran menggunakan pengangkutan awam.
"Jika tidak terbabit dengan penggambaran drama, saya pasti tetap tidak ingin melepaskan peluang keemasan untuk sama-sama menjayakan kempen berkenaan.
"Inilah masanya saya bertemu peminat sekali gus sama-sama membantu kerajaan menjayakan kempen berkenaan," katanya.
Sempena kempen itu, Rita berkata, dia turut menyertai karnival yang berlangsung kerana ingin memberi peluang kepada golongan yang ingin berjinak-jinak dalam bisnes.
"Contohnya, mereka yang berminat untuk menjadi agen produk saya yang rata-ratanya golongan suri rumah sepenuh masa dan bekerja sendiri.
"Saya menggalakkan golongan ini belajar berniaga dan menjana pendapatan sendiri sekali gus peluang keemasan untuk mereka meningkatkan taraf kehidupan," katanya.
Dj Lin juga turut tidak ingin melepaskan peluang menjayakan kempen dan karnival berkenaan walaupun sibuk dengan karier seninya.
"Saya tertarik untuk menjayakan kempen ini kerana ia meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan bas awam yang mesra alam di laluan Putrajaya sekali gus untuk memelihara alam sekitar," katanya.
Selain kempen, kata Dj Lin, dia turut menyertai bazar yang dianjurkan khusus untuk memeriahkan acara berkenaan.
"Selain sebagai penyampai radio, saya turut menceburi bisnes untuk jaminan masa depan. Justeru, sempena karnival, saya turut membuka tapak niaga Dj Lin Corner sepanjang tiga hari acara berlangsung.
"Lebih istimewa, peminat boleh mendapatkan Jeruk Plum Asam Boi Cinta Dj Lin yang juga resipi sendiri dan kuih tiram asli di gerai nanti. Selain itu, saya turut mempromosikan single dan album Suria Cinta dan Pesona Cinta di sana nanti," katanya.
Pelbagai aktiviti menarik juga disediakan kepada pengunjung sepanjang kempen iaitu 'Treasure Hunt' yang menggunakan bas Putrajaya, pameran seni 'doodle' oleh pelukis indie yang popular di laman Instagram, Ann Jaafar, pertandingan #SelfieBusfest, tayangan filem dalam bas serta pameran oleh agensi kerajaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PAPSB, Ab Rahim Md Junoh berkata, kempen itu dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai menaiki pengangkutan awam sekali gus mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral yang menjadi penghubung di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang.
"Pihak kami berharap orang ramai tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan kempen dan karnival yang akan berlangsung nanti," katanya.

Selasa, 18 November 2014

25 Jenis Permainan Tradisional dan nama-nama lainnya

1. Aci sorok, sorok-sorok, sembunyi-sembunyi.

2. Batu Seremban, Selambut, Serembat.

3. Sepak bulu ayam, Capteh, Sebuyam.

4. Mencari cucu, Nenek-nenek, Nenek Buta.

5. Congkak, Jongkok, Congklak (Indonesia).

6. Gasing Pangkah, Gasing Uri, Gasing Pinang.

7. Konda-Kondi, Perik Mata, Pukul Kayu.

8. Teng-teng, Ketinting, Teng-teng Kapal Terbang.

9. Sepak raga, timang bola, bola raga.

10. Wau, Layang-layang, Layangan.

11. Sabung ayam, laga ayam, menyabung ayam.


12. Biji saga, buah saga, laga saga.

13. Laga kerbau, lawan kerbau, adu kerbau.

14. Main koba, ceper, jentik tudung.

15. Dam aji, dam harimau, aji terbang.

16. Main getah, lompat getah, lompat tali.

17. Baling selipar, susun selipar, pukul selipar.

18. Wan tu som, One Two Zoom, Batu-Gunting-Kertas.

19. Mahjong, mahjung, mahjeuk.

20. Go, weiqi, baduk.

21. Xiangqi, Chinese Chess,

22. Kabadi, hadudu, bengal.

23. Kercang, kercang panah, kercang kahwin.

24. Yoyo cina, che ling, xiang huang.

25. Selotop, pistol buluh, selontop.





p/s : rindu zaman kanak2 yg semakin pupus di zaman ini...

Israel tidak akan henti bina penempatan Yahudi

BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin bahawa Israel tidak akan berhenti membina kediaman untuk orang Yahudi di Baitulmuqaddis Timur di sini.

Kenyataannya menambahkan lagi kekecewaan Barat berhubung dasar pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik penduduk Palestin.

“Kami tidak akan me­netapkan sebarang had untuk membina penempatan Yahudi sini,” kata Lieberman pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier.

Sejak awal Oktober lalu, Israel mengumumkan untuk membina 4,300 buah rumah peneroka haram Yahudi di sini dan di Tebing Barat yang ditakluki Israel, sekali gus me­ningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.

Pengumuman mengenainya telah mencetuskan kemarahan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang melihat pendudukan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah dan menghalang proses damai Asia Barat.

Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka yang me­rangkumi wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza.

Israel berundur dari Genting Gaza pada 2005 tetapi terus mengenakan sekatan ke atas wilayah berkenaan.

Rejim Zionis pula menganggap seluruh bandar ini sebagai ibu kota Yahudi dengan tuntutan tersebut tidak diktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, dianggarkan seramai 150,000 orang Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis Timur.

“Jangan bermimpi kerajaan Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan (penempatan haram Yahudi) di sini,” kata Lieberman.

“Kami bersedia untuk mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan kami dan tidak akan ada sebarang kompromi



Isnin, 17 November 2014

Apartmen jadi sarang pelacuran

GEORGETOWN - Sindiket pelacuran kini beralih kepada modus operandi baharu dengan menjadikan apartmen sebagai sarang perkhidmatan seks.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, trend itu terbongkar selepas serbuan berterusan dilakukan di premis hiburan.

Menurutnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut membuat serbuan itu, kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah apartmen di daerah itu sekepas mendapat maklumat orang awam.

“Kami menahan enam wanita Vietnam disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

“Pusat maksiat itu dikesan memberi tawaran seks dengan harga antara RM100 dan RM150,” katanya.

Sementara itu, Unit Anti Pemerdagangan orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman dengan kerjasama Unit D7 Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) menyelamatkan 13 wanita warga asing dijadikan GRO dalam serbuan di pusat urut di Bukit Tambun, Simpang Ampat.

Menurut Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hasan Wan Ahmad, ketika serbuan kesemua sembilan wanita Thailand dan empat Vietnam berada di dalam premis itu.

Dalam operasi terhadap dua lagi premis hiburan di kawasan itu, pihaknya menahan 13 individu termasuk enam wanita Vietnam.

“Kita dapati pemilik premis itu turut menggaji pekerja tanpa permit sah, dan melanggar syarat pas lawatan sosial, empat daripada lima pelanggan itu juga didapati positif dadah hasil ujian saringan oleh Jabatan siasatan jenayah IPD SPS”, katanya.

Kes disiasat dibawah Sekyen 12 Atipsom, Seksyen 6 (1) (c) dan 55b Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen.

Orang ramai mengamuk, kenderaan JPJ diterbalik dan dibakar!


Ini berita yang agak mengejutkan, apabila orang ramai khususnya rakyat Malaysia kini lebih berani mengambil tindakan sendiri tanpa menghiraukan kehadiran pihak berkuasa seperti pasukan polis. Anda boleh saksikan sendiri video klip di atas, serta beberapa video klip lain yang berkaitan di laman YouTube.

Menurut laporan Malaysiakini kelmarin, kejadian menterbalik dan membakar kenderaan penguatkuasa JPJ itu berlaku di Ayer Tawar, Perak, pada petang kelmarin, setelah kenderaan tersebut dikatakan mengakibatkan berlakunya kemalangan teruk melibatkan 10 buah kenderaan.

Orang ramai yang terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut dikatakan mengamuk kerana marahkan pemandu kenderaan penguatkuasa JPJ tersebut yang memandu secara melulu dan merbahaya, namun perkara itu dinafikan oleh pihak JPJ sendiri berdasarkan laporan akhbar hari ini.

Ahad, 16 November 2014

Aku Ingin Sekuat Ayah

Dari jauhku kelihatan pokok belunu di tepi jalan raya sehala itu seakan-akan melambai-lambaiku untuk memberhentikan kereta Toyota Hilux Vigo milikku. Aku berhenti dan keluar.T Kakiku memijak becak di tepi jalan berbatu itu. Vigo Intercooler dengan kapasiti enjin 3.0 liter milikku itu benar-benar berada di hadapan pokok belunu itu. Aku melihat-lihat sekitar, seakan-akan semua pokok-pokok itu mengenaliku dan kurasakan begitu mesra menyambutku dengan senyum dan lambaian rindu.
Aku lihat pokok belunu itu semakin membesar. Begitu juga pokok-pokok yang ada di sekitarnya. Pokok kelapa, pinang, rambutan, langsat, tarap dan durian dalit. Semuanya sudah menjadi seperti pokok kayu balak. Kiranya kalau ditebang dibuat papan beruti sudah boleh membina sebuah rumah besar. Aku mencekak pinggang sambil memerhati ke arah pokok belunu sebesar tiga pemeluk itu. Aku menggeleng-geleng. Kenangan mula mengusik hatiku. Aku kemudian duduk pada banir pokok itu. Udaranya masih seperti dulu. Nyaman dan sungguh damai. Banir itu juga semakin membesar. Bentuknya benar-benar seperti kerusi panjang yang ayah bina di anjung rumah kami dulu. Aku rasa dudukku terlalu selesa di atas banir yang dipenuhi kenangan silam itu.
Pokok itu adalah stesen pertama kami untuk berhenti berjalan kaki dari rumah. Kampungku dari situ jaraknya lebih kurang tiga batu. Tetapi jalan itu dahulu bukannya jalan batu seperti sekarang. Penuh semak dan berlumpur-lumpur. Kebanyakkan dalamnya setinggi lutut orang dewasa. Jambatan-jambatannya pula sudah roboh kerana tidak diselenggara lagi. Jalan itu sebenarmya milik sebuah syarikat balak yang pernah beroperasi di kawasan perkampungan kami.
Jalan raya itulah yang kami gunakan untuk berjalan kaki pergi atau pulang dari asrama sekolah SK Simpangan. Hanya sejalur jalan kecil yang dipenuhi tapak-tapak kaki manusia yang masih kelihatan sedikit luas. Itu pun sudah mula ditumbuhi semalu dan rumput gajah.
“Mahu minum Nanang?” Soal ayah.
“Belum hauslah ayah,” jawabku.
Waktu itu aku berusia lapan tahun. Setiap minggu aku akan pulang ke rumah. Ayah akan datang ke asrama menjemputku pulang. Aku dan ayah akan meredah bukit dan lembah hampir lima jam untuk pulang ke kampung. Aku sudah lali dengan keadaan itu dan sedikit pun tidak berasa lelah. Jauh sekali berasa penat. Sebabnya sudah setahun pada setiap seminggu aku akan berjalan kaki begitu. Ayah akan menyandang begku dan aku bebas berlari-lari meninggalkan ayah di belakang. Kadang-kadang aku terpaksa menunggu ayah sehingga sepuluh minit.
“Kamu nak makan Nanang?” Soal ayah lagi.
“Belum lagi ayah. Pagi tadikan baru sarapan,” jawabku sambil aku mencari-cari batu kecil untuk dijadikan peluru lastik getahku.
Ayah mengasah badungnya. Sudah tumpul menebas rumput gajah yang semakin menutupi jalan. Ayah kata, biar sepohon saja rumput gajah atau pokok-pokok kayu kecil yang dapat ditebasnya setiap kali melalui jalan kecil itu sudah memadai. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, katanya. Kerana untuk menghantarku ke sekolah hanya jalan itu sajalah yang boleh digunakan. Ramai juga yang menggunakan jalan itu untuk berburu, mengetah burung teripas, menjerat binatang hutan seperti pelanduk, biawak, kijang dan sebagainya.
“Nanang, duduk disini sekejap,” panggil ayah.
Aku terpaksa menamatkan aktiviti kegemaranku untuk melastik burung di dahan-dahan pokok senduduk yang banyak di sepanjang pinggir jalan. Entah berapa kali aku mengintai-ngintai tadi tapi burungnya liar dan pintar belaka. Burung-burung ini seperti orang yang masuk universiti, fikirku. Sebab kata cikgu orang yang masuk ke universiti semuanya pintar.
“Ada apa ayah?” soalku sambil melabuhkan punggung kecilku di atas banir pokok belunu itu.
Ayah melihatku. Wajahnya tenang setenang cuaca pagi itu. Matanya dipenuhi sinar kasih dan harapan. Aku sudah dapat mengagak apa yang ingin dikatakan ayah. Mesti mengingatkanku supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
“Kamu tahu Nanang, hidup ini bukan semudah melastik burung. Ada batu. Ada lastik getah sudah boleh pergi mengintai burung-burung mematuk jambu atau bermain-main di dahan pokok senduduk itu.” Ayah menghela nafas panjang kemudian mendengus perlahan. Aku memandang jauh ke dasar hati ayah. Aku tidak mengerti apa yang dikatakan ayah.
“Kau tahu apa tujuan kau pergi ke sekolah?” sambungnya.
“Belajar ayah,” jawabku ringkas.
“Belajar untuk apa?” soal ayah lagi sambil memandangku.
“Belajar untuk cari ilmu ayah. Supaya saya tahu membaca, tahu tulis nama sendiri, tahu mengira, tidak nakal-nakal dan berguna suatu hari nanti.” Jawapan itu adalah jawapan yang sudah diajarkan ayah semenjak aku hari pertama memasuki darjah satu, setahun lepas. Aku jelas mengingatinya. Manakan tidak kalau berhenti saja di pokok belunu itu, ayah akan menanyakan soalan yang sama kepadaku. Tapi aku tidak pernah bosan mendengar soalan serupa. Aku tahu ayah ingin mengingatkanku supaya aku lebih bersungguh-sungguh belajar di sekolah.
“Baguslah kamu tahu. Ingat, jangan cuma kau sebut di mulut. Ingat di dalam hatimu.”
“Ayah kenapa Din, Along, Acai dan Dom tidak pergi sekolah?” soalan yang sudah lamaku simpan di dalam kepalaku. “Kalau mereka ke sekolahkan bagus, saya ada kawan dari kampung.” Sambungku lagi.
“Yang itu ayah tidak pasti Nanang. Dah, mari kita berjalan lagi.” Aku cuma mengangguk bodoh. Soalanku sama saja seperti tidak dijawab ayah.
Aku tahu ayah tahu jawapan pertanyaanku. Aku ingin juga punya kawan sekampung denganku di sekolah seperti Din, Along, Acai dan Dom. Kami boleh menimba ilmu bersama. Mandi sungai bersama. Makan di kantin bersama. Main bola bersama. Kami kalau di kampung memang sahabat sejati. Waktu petang, keluar ke mana-mana saja mesti bersama. Melastik burung, menjerat burung Wak-Wak, menjerat biawak, mengetah teripas, burung haji dan segala jenis burung yang kami suka, menjerat pelanduk, memancing ikan keli dan haruan. Kami seperti adik beradik. Tauke Achung kata, kami ini seperti lima pahlawan handal Melayu iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Aku mengenali nama-nama yang disebut oleh Tauke Achung itu, Cikguku di sekolah pernah menyebut nama-nama itu dan kami disuruh berlakon. Bercakap-cakap. Disuruh berbincang mencari teknik bagaimana menewaskan musuh. Sangat seronok. Aku menceritakan apa yang aku tahu itu kepada Din, Along, Acai dan Dom. Mereka sangat suka. Mereka ingin sekali pergi ke sekolah bersamaku. Tetapi Din kata, ayahnya selalu memarahinya kerana tahu keinginannya untuk bersekolah. Begitu juga dengan Along, Acai dan Dom.
Aku tahu ayah tahu jawapan soalanku tadi. Mungkin ayah tidak mahu melibatkanku dengan persoalan keluarga rakan-rakanku itu. Ayah pernah berkata kepadaku bahawa di kampung itu masih kurang kesedaran ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak. Mereka masih tidak tahu peri pentingnya pendidikan. Kampungku seperti juga kampung-kampung hulu yang lain, masih tidak ada ibu bapa yang pernah bersekolah. Jauh sekali tahu membaca atau menulis. Aku selalu juga mendengar ayah memberi nasihat kepada orang kampung supaya anak-anak harus dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu tetapi tidak diendahkan. Ramai berkata, kalau sekolah pun akhirnya akan kerja ladang juga, jadi orang kampung juga, kalau perempuan ke dapur juga. Ada juga yang berkata anak-anak di asrama seperti dibuang-buang, tidak cukup makan, di dalam kelas didera oleh guru dan macam-macam lagi. Aku lihat ayah cuma mengukir senyum sayu yang mungkin tidak boleh dimengerti oleh sesiapa kecuali ibu.
Ketegasan
“Walau kita susah macam mana sekali pun, anak-anak mesti diberikan pendidikan.” Begitulah ayah selalu mengingatkan ibu.
Ibu sependapat dengan ayah. Ibu kagum dengan prinsip ayah. Baginya ayah seharusnya dicontohi orang kampung. Walau hidup dalam sangkar kemiskinan dan tidak berpendidikan, ayah tahu pendidikan itu sangat penting. Ibu tidak menghalang ayah untuk menghantarku tinggal di asrama. Ibu suka melihatku sudah boleh membaca, sudah tahu menulis dan tahu mengira. Kalau Tauke Achung datang membeli jualan ibu, akulah yang menjualnya. Tauke Achung begitu kerap memujiku. Aku anak yang pintar, katanya. Pujian itu membuat ayah dan ibu tersenyum bangga padaku.
“Nang, kamu tahu ayah kamu begitu bersungguh-sungguh ingin melihat kamu berjaya dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Dia mengambil risiko untuk bekerja sebagai tukang tumbang kayu balak untuk mencari sedikit wang sebagai perbelanjaan kamu di sekolah. Tiga empat hari tinggal di dalam hutan. Hari jumaat dan Ahad terpaksa pula mengambil dan menghantar kamu ke asrama. Berladang lagi. Bercucuk tanam lagi, Mencari lauk lagi. Ibu kesian melihat ayahmu. Ibu cuma boleh bekerja di ladang saja. Tanam ubi keledek, ubi kayu, mencambut rumput, tanam pisang dan di dapur saja. Tiada sedikit pun terbanding dengan penat lelah ayahmu.”
Aku terkadang menitiskan airmata mengenangkan cerita ibu. Tapi apa yang dapatku lakukan. Aku cuma anak kecil. Aku belum berdaya melakukan kerja-kerja berat untuk membantu ayah. Lagi pun ayah marah kalau aku mengabaikan pelajaran. Aku diberi kebebasan untuk keluar dari rumah waktu petang saja. Apa lagi pergi membantunya di ladang. Kerja di ladang ini bukan kerja anak-anak seperti aku. Duduk di rumah saja, baca buku, siapkan kerja sekolah dan jaga adik, katanya. Ketegasan ayah itu membuatku selalu bercakap dengan diriku, aku mesti berjaya suatu hari nanti. Itu impianku dan impian itu tercapai apabila sembilan tahun lepas aku berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UPM. Dan aku ditempatkan di SMK Belawai Sarikei Sarawak.
Kejayaanku itu mengalir pula kepada adik-adikku. Lima tahun lepas adik lelakiku selepas saja bergraduat dalam bidang sains sosial dengan Kepujian Geografi di UMS, dia terus diserap bekerja menjadi seorang pengurus ladang disebuah syarikat perladangan terkemuka di Lahad Datu. Dua orang adik perempuanku juga berjaya melanjutkan pelajaran. Seorang adik perempuanku sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Mansoura Mesir dan adik bongsuku belajar di matrikulasi Labuan.
Ayah berjaya. Ayah sangat hebat. Aku teringin sekuat ayah yang tidak pernah mengenal lelah dan berasa sakit memijak duri-duri kemiskinan demi masa depan anak-anaknya. Aku bangga menjadi anak ayah.
“Nanang, kamu buat apa di sini?” suara ayah mengejutkanku. Lantas kenangan itu berpergian meninggalkanku di atas banir pokok belunu itu. Aku terpegun melihat ayah disitu.
“Ayah dari mana?” soalku sedikit kalut. Sambilku berdiri aku menepuk-nepuk punggungku. Ada lumut yang melekat diseluarku. Dadaku berdebar-debar.
“Ayah tak menoreh getah hari ini?” sambungku lagi. Tanganku pantas menyeka setitis airmata dari mataku yang tanpaku sedari mengalir tanpa salam.
“Ayah pergi memburu. Kamu bukan hendak ke sekolah tadi?” soal ayah lagi.
Aku sengaja tidak menatap wajah ayah. Kelopak mataku berkolam. Hampir melimpah dan mengalir ke pipiku. Aku terlalu kagum dengan ayah.
“Ya tapi saya singgah sebentar di sini. Tempat ini sudah banyak berubah.” Aku cuba menenangkan diriku walau hatiku seperti ingin saja mendakap ayah.
Semenjak selesai menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpangan Paitan, aku tidak lagi pernah menjejakkan kaki ke jalan kecil itu. Aku terpaksa berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan Pitas untuk menyambung pelajaranku di tingkatan enam. Waktu itu hanya jalan kayu balak yang boleh menghubungkan daerahku dengan daerah Pitas. Aku hanya dapat balik ke kampung semasa cuti pertengahan semester saja. Aku banyak menghabiskan masa di asrama menelaah pelajaran dan terlibat dengan aktiviti kelab dan persatuan.
“Kamu ingin tertidur lagi di bawah pokok belunu ini?” soal ayah. Aku tergamam. “Kamu tak ingat semasa kamu tingkatan tiga dulu, kamu balik seorang dari asrama dan kamu tertidur di bawah pokok ini. Nasiblah ayah datang kerana waktu itu mak kamu terlalu risaukanmu.” Ayah cuba mengingatkan aku.
Aku tersenyum. Aku mulai tenang semula. Ingatanku datang kembali. Waktu itu selesai sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah pukul 1.00 petang, aku terus bergegas ke asrama mengemas barang-barangku untuk pulang ke kampung. Aku terpaksa pulang waktu itu untuk melengkapkan borang Biasiswa Persekutuan Kecil. Perlu tandatangan ayah dan cop ketua kampung. Aku terlalu letih, aku berhenti kemudian terlelap di bawah pokok belunu itu.
“Dah besar ini jangan ulang perkara yang sama,” gurau ayah tersenyum padaku. Aku hanya tertawa kecil.


p/s:ayah sumber inspirasiku

Tangan penyamun putus kena libas

SEREMBAN - Seorang penjenayah putus pergelangan tangan kanan akibat dilibas dengan parang oleh mangsa ketika cuba menyamun di sebuah rumah di Taman Sikamat Utama di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, suspek, dipercayai warga Myanmar, bersama tiga lagi rakannya memasuki rumah terbabit yang dihuni pasangan suami isteri warga Myanmar juga.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Hamzah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kesemua suspek memasuki rumah berkenaan menerusi tingkap bahagian dapur ketika penghuni sedang tidur.

“Pasangan suami isteri itu dikejutkan dengan kehadiran kumpulan penjenayah terbabit yang menendang pintu biliknya sebelum masuk.

“Kesemua suspek yang menutup muka dengan baju dan kain terus meluru ke arah mangsa yang berada di atas katil lalu menumbuk mangsa lelaki bertubi-tubi.

“Mangsa yang melawan sempat mengambil parang miliknya yang diletakkan di bawah almari pakaian, untuk mempertahankan diri,” katanya.

Menurutnya, libasan parang mangsa menyebabkan pergelangan tangan seorang suspek putus sebelum kesemua mereka melarikan diri dengan keluar mengikut pintu hadapan rumah.

Muhamad Zaki berkata, suspek berusia 26 tahun yang putus pergelangan tangan ditemui terbaring di kawasan semak berhampiran sebuah rumah iaitu lebih kurang 50 meter dari rumah mangsa.

“Difahamkan, tiga lagi suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah van warna putih. Kesemua mereka dipercayai merupakan warga Myanmar dan salah seorang daripada mereka dipercayai dikenali oleh mangsa,"katanya.