Khamis, 11 Disember 2014

Usah imbau sejarah lalu

MENPemain negara perlu atasi Vietnam andai mahu kembali ke pentas akhir Piala AFF Suzuki 2014. - Foto: Kamarul Akhir / www.asiana.myYEDARI rekod perlawanan tidak memihak Harimau Malaya apabila bertandang ke Hanoi, pengendali skuad kebangsaan, Dollah Salleh tidak mahu menoleh ke belakang kerana tumpuan kini pastinya perlawanan malam ini.

Jelasnya, segala statistik itu semua sudah menjadi sejarah dan perlu melihat dengan fikiran positif.

“Tidak dinafikan memang sukar untuk menang di sini, namun bukan sesuatu yang mustahil, dalam bola sepak semuanya boleh berlaku.

“Semangat pemain kena tinggi dan teruskan momentum yang kita bina semasa berdepan Thailand serta Singapura di peringkat kumpulan.

“Mental kita kena kuat dan apabila lawan menjaringkan gol, jangan berputus asa, ambil contoh masa lawan Singapura.

“Walaupun lawan berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki beberapa minit lagi tetapi pemain kita masih mampu mendapatkan gol kemenangan, harap kita dapat bawa semangat yang sama apabila berdepan Vietnam,” katanya.

Harimau Malaya berdepan perlawanan hidup dan mati malam ini apabila perlu menang dengan sekurang-kurangnya kelebihan dua gol sambil mengharapkan lawan tidak menjaringkan sebarang gol untuk menafikan kelebihan keputusan perlawanan separuh akhir pertama di Shah Alam yang berkesudahan memihak Vietnam, 2-1.

sumber: sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan