Isnin, 15 Disember 2014

Datuk Mustapha Maarof selamat dikebumikan

JENAZAH seniman veteran Datuk Mustapha Maarof selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di ibu negara pada 3 petang ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur, selepas solat Zohor.

Antara yang hadir di tanah perkuburan itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengarah Urusan Skop Production Datuk Yusof Haslam dan pelakon Aznah Hamid

Mustapha, 79, atau nama sebenarnya, Mustapha Azahari Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, pada 8.40 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru yang mula dikesan pada 25 November lepas




sumber : sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan