Isnin, 8 Disember 2014

AWAS (STAGG) PDRM MALAYSIA

Kuala Lumpur: Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan semalam akan memberi tumpuan kepada operasi khas menjejaki 'jerung' atau penjenayah besar seperti ketua kongsi gelap dan dalang sindiket pelacuran.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata STAGG pasukan elit ketiga ditubuhkan PDRM selepas Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

"Sebelum ini masyarakat hanya nampak polis membanteras jenayah dengan menahan 'ikan bilis' namun dengan penubuhan STAGG kita akan menjejaki 'jerung' maksiat, judi haram dan kongsi gelap untuk membanteras jenayah ini dengan lebih berkesan," katanya selepas pelancaran STAGG di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, di sini semalam.

Beliau yang juga pencetus idea kepada skuad elit berkenaan berkata STAGG dianggotai seramai 220 pegawai dan anggota diketuai seorang Komander berpangkat Deputi Komisioner (DCP).

Menurutnya, semua pegawai dan anggota yang terpilih itu sebelum ini bertugas di jabatan dan daerah berbeza, namun mereka kini diletakkan khas di bawah pasukan STAGG selepas menjalani temu duga dan sesi pemilihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan