Sabtu, 13 Disember 2014

AFC ambil alih kes tindakan liar penyokong Malaysia

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil alih kes kegagalan Persatuan  di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lalu.

Kes tersebut sebelum ini di bawah siasatan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang juga penganjur kejohanan dwitahunan tersebut.

Segelintir penyokong Malaysia bertindak liar mencederakan beberapa penyokong Vietnam selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.


Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau dimaklumkan oleh pihak AFC bahawa mereka akan mengambil alih kes tersebut dan FAM dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab bagi menjelaskan perkara tersebut kepada AFC Isnin ini.

"Kita (AFF) tidak boleh campur tangan lagi, memandangkan bahawa bidang kuasa AFC adalah lebih besar kerana badan tersebut mewakili 46 ahli daripada negara-negara Asia walaupun AFF ada menghantar notis surat tunjuk sebab kepada FAM pada 9 Disember lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azzuddin berkata beliau memaklumkan perkara tersebut kepada pihak FAM. Beliau berkata berdasarkan pengalamannya FAM mungkin akan dikenakan hukuman denda atas kesalahan tersebut.

"Saya tidak fikir AFC akan mengambil tindakan lebih berat sehingga Malaysia dipaksa beraksi dalam keadaan stadium kosong tanpa peminat pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini.

"Ia adalah kesalahan yang tidak serius jika dibandingkan kes lain yang membabitkan pergaduhan yang lebih berat," kata Azzuddin.

Tindakan liar segelintir penyokong Malaysia baru-baru ini mendapat perhatian luas termasuk, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memandang serius perkara tersebut.

Khairy sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Vietnam atas tindakan penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong negara itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan