Sabtu, 24 Januari 2015

JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun

KEPALA BATAS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya akan membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang itu.

"JPJ akan laksanakan secepat mungkin untuk kemudahan pelbagai pihak dan saya rasa harga untuk mengambil lesen memandu kereta dan motosikal selepas ini lebih murah sedikit," katanya selepas Program Satu komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga di sini hari ini.

Program tranformasi JPJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lancar kepada penduduk di luar bandar itu dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memutuskan individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan