Isnin, 8 Disember 2014

Amy Search tukar protege

KUALA LUMPUR: Amy Search seorang daripada enam mentor yang bertanding dalam rancangan Mentor Legend membuat kejutan dengan menukar protege yang sudah dipilihnya minggu lalu.

Beliau membuat keputusan itu selepas kedua-dua protegenya iaitu Zelmi dan Sarah melalui sekali lagi pusingan battle pada malam tadi.

Amy memilih Sarah yang mendendangkan lagu Ku Ada Kamu nyanyian asal Adira.

Minggu lalu, pada persaingan battle penyanyi otai rock itu memilih Zelmi kerana mahu membimbing lelaki pemain muzik jalanan itu meskipun mengakui Sarah memberikan persembahan lebih baik.

"Saya minta maaf kepada semua mentor saya tidak mahu komen lebih saya rasa ini adalah terbaik," katanya sebaik mengumumkan Sarah sebagai protege pilihannya yang baharu.

Pemilihan Zelmi sebelum ini mengundang reaksi tidak puas hati di kalangan penonton termasuk ada yang bertindak melahirkan kritikan mereka melalui akaun laman sosial milik Amy.

Malam tadi turut menyaksikan tiga lagi mentor iaitu Ella, Zainalabidin dan Mas Idayu memilih protege mereka.

Masing-masing memilih Aina (Ella), Nadeera (Zainalabidin) dan Tuah (Mas Idayu).


sumber: .bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan