Rabu, 11 Februari 2015

Belum terkubur! Meditasi kembali dengan konsert

Meditasi
BIARPUN terpaksa mengharungi pelbagai halangan di dalam industri muzik tempatan, nama kumpulan rock popular era 90-an, Meditasi tidak pernah terkubur.

Malah demi mempertahankan nama dalam industri, kumpulan yang menampilkan barisan anggota baharu seperti Raof (Keyboard), Mohd Yusof (Gitar kedua), Black (Bassist), J Roy (Dummer), selain mengekalkan dua anggota asal, Bakaruddin (Burn) selaku vokalis dan Rosli Ahmad (Liey) sebagai gitaris utama masih giat mengatur langkah mereka.

Menurut Burn, kehadiran 2015 telah membuka lembaran baharu buat kumpulan ini untuk terus bertahan dalam industri di mana satu mini konsert telah diaturkan khas buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan mereka.

“Pada 7 Mac ini, Meditasi bersama Joey B.P.R bakal mengadakan sebuah mini konsert Let’s Rockout Tonight bertempat di Liquid Room.

“Tapi untuk tahun ini, Alhamdulillah, kami diberi satu platform yang baik untuk membuat persembahan dan bertemu peminat dengan lebih dekat,” ujarnya kepada Zass.

Mengulas lebih lanjut mengenai persembahan lebih kurang dua jam itu, Burn memberitahu, ia turut menampilkan tiga kumpulan lain seperti Zanna, Wynken Delirium dan The Outbreak untuk memeriahkan lagi konsert pada malam itu.

“Pada malam itu, sudah pasti kami akan menyampaikan lagu-lagu hits yang mungkin boleh membawa peminat mengimbau semula era 90-an.

“Selain daripada menyampaikan persembahan yang menghiburkan, konsert ini juga memberi ruang kepada kami untuk berinteraksi dengan peminat dengan lebih dekat.

“Kami berharap, peminat tidak akan melepaskan peluang ini untuk hadir menyokong karier kami,” ujarnya tiket konsert Let’s Rockout Tonight akan dijual dengan harga RM50 bermula 11 Februari ini.

Periuk nasi terjejas

Akui perjalanan karier terjejas dengan keadaan negara yang berdepan dengan pelbagai ujian, kumpulan yang terkenal dengan lagu Biar Pedih Kasih Memanjang ini masih belum mengenal erti berputus asa meneruskan perjuangan mereka.

“Tahun lalu, memang kami ada merancang untuk lebih aktif dengan persembahan, namun atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa akur dan menunda semuanya.
“Memang periuk nasi kami agak terganggu dan peluang untuk mengadakan konsert ini kami akan gunakannya sebaik mungkin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Burn memberitahu Meditasi bakal tampil dengan album terbaharu tidak lama lagi.

“Walaupun jarang tampil, tetapi kami sebenarnya masih aktif membuat kerja-kerja belakang tabir mengumpul material untuk terbaharu kami,” jelasnya.

Kelantan jamin Brendan dapat rawatan terbaik

KELANTAN memberi jaminan untuk menyediakan rawatan terbaik buat pemain tengah mereka, Brendan Gan yang mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada aksi Liga Super menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu lalu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, keputusan tersebut adalah untuk memastikan pemain berkenaan pulih sepenuhnya bagi membantu The Red Warriors (TRW) mengharungi kempen liga musim ini.

“Bukan sahaja rawatan, kita juga akan pastikan Brendan menjalani proses pemulihan yang rapi agar tahap kecergasannya kembali seperti biasa memandangkan dia antara watak penting dalam skuad Kelantan.

“Buat masa ini, kita terpaksa melupakan khidmat Brendan kerana dia terpaksa berehat panjang antara enam hingga lapan bulan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, beliau berharap Brendan akan pulih sepenuhnya menjelang saingan Piala Malaysia.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan, TRW terpaksa menelan kepahitan apabila kehilangan pemain serba boleh itu yang disahkan mengalami kecederaan ACL selepas aksi menentang ATM di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Pada perlawanan itu, Brendan yang masuk menggantikan Mohd. Farisham Ismail mengalami kecederaan selepas 10 minit beraksi.

Keadaan tersebut memaksa TRW beraksi dengan 10 pemain, namun skuad kendalian Goerge Boateng itu menang 2-0.

Azman memberitahu, Kelantan sememangnya merasai kehilangan Brendan memandangkan dia seorang pemain yang boleh beraksi di banyak posisi.

Katanya, bukan itu sahaja, Brendan turut mempunyai disiplin dan sema­ngat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan mahupun ketika sesi latihan.

“Saya harap pemain muda, Rozaimi Azwar Mat Nor dapat diketengahkan dan mengisi kekosongan sepanjang ketiadaan Brendan,” ujarnya.

Ahad, 1 Februari 2015

Cicakman 3: Lisa, Zizan kembali bersatu

 Lisa Surihani, Zizan Razak,
SETELAH cemerlang dengan filem Cicakman pada tahun 2006 dan Cicakman 2 (2008), KRU Studios kini kembali dengan filem Cicakman 3.

Lebih istimewa lagi, trilogi filem ini menyaksikan gabungan dua pengarah terkemuka tempatan, Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar, serta kolaborasi studio-studio gergasi tanah air KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw sebagai penerbit bersama.

Bukan itu sahaja, filem ketiga ini juga digarap dengan nafas baharu menyaksikan gabungan mantap barisan pelakon popular seperti Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz.

Dengan gandingan tersebut, tidak mustahil filem ini bakal mempunyai kelompok peminat baharu apabila ia mula ditayangkan pada 12 Mac ini.

Berkongsi pengalaman bekerjasama di dalam satu filem, Lisa berkata, Cicakman 3 merupakan gandingan keduanya bersama Zizan selepas filem Kapoww, lima tahun lalu.

“Dalam filem ini, saya membawakan watak sebagai Linda, isteri kepada Man, yang dilakonkan oleh Zizan.

“Dari segi keserasian memang tak sukar untuk kami dapatkan kerana kami banyak berbincang dan pernah bekerjasama.

"Cuma ada ketika bila melibatkan babak marah agak sukar dilakukan kerana saya tidak dapat menahan ketawa,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada pelancaran filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Biarpun bekerja di bawah dua orang pengarah, akui Lisa, dia tidak mempunyai masalah besar sepanjang sesi penggambaran.

“Pada mulanya memang keliru sedikit apatah lagi bila pengarah itu suami (ketawa). Tapi saya boleh bawa kerja pulang ke rumah dan bertanya dengan Yusry,” ujarnya.

Sama seperti Lisa, Zizan berkata, kedua-dua pengarah sangat bersikap terbuka dalam melontarkan pendapat dan menerima pendapat daripada pelakon lain.

“Ketika menerima tawaran filem ini, soal pembayaran bukan perkara yang saya utamakan. Tetapi saya tertarik kerana Cicakman 3 adalah kisah pewaris Cicakman.

“Perkara paling menyeronokkan sepanjang bekerjasama dengan Ghaz dan Yusry adalah mereka sentiasa terbuka dan saya pula suka memberikan pendapat tentang apa yang saya suka dan tidak suka mengenai Cicakman sebelum ini dan mereka
menerima pendapat saya,” katanya.

Mengakui pernah mengimpikan untuk terlibat dalam produksi Cicakman, Zizan berkata, dia tidak sangka impiannya itu kini menjadi kenyataan.

“Ketika filem pertama Cicakman ditayangkan saya memang pergi tengok kerana pertama, saya meminati Saiful Apek dan kedua kerana filem ini merupakan naskhah yang baharu dalam industri filem kita.

“Walaupun tak banyak aksi yang dapat saya lakukan kerana tidak mendapat kebenaran Yusry, tapi saya tetap berpuas hati dengan keseluruhan filem ini,” ujarnya yang turut mendapat kecederaan ringan ketika penggambaran

sumber :sinar

Ahad, 25 Januari 2015

[18sx] Perempuan Jepun Selamba Jer Pakai Baju Gila Seksi Di Tempat Awam

Lihatlah wanita atau gadis di negara matahari terbit Jepun ini berpakaian...ntah la apa nak dikata...apa motif mereka ni berpakaian begitu....seksi ke...seksa adalah...jom kita tengok...cekidot...













sumber:tabekpuang

Sabtu, 24 Januari 2015

JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun

KEPALA BATAS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya akan membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang itu.

"JPJ akan laksanakan secepat mungkin untuk kemudahan pelbagai pihak dan saya rasa harga untuk mengambil lesen memandu kereta dan motosikal selepas ini lebih murah sedikit," katanya selepas Program Satu komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga di sini hari ini.

Program tranformasi JPJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lancar kepada penduduk di luar bandar itu dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memutuskan individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang

Empat sekeluarga maut serentak

JASIN – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau dekat sini semalam. Mangsa ialah Ida Dollah, 46, yang memandu kereta berkenaan, dua anaknya, Siti Rohana Abd. Ghafar, 23, dan Sit
i Rohani, 18, dari Kesang Laut, Muar, Johor serta ibu mentua Ida, Saimah Wahab, 77.

Seorang jurucakap bomba berkata, kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Kancil dipandu Ida dari arah Bandar Melaka dilanggar sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.


Advertisement

Katanya, kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve yang datang dari arah belakang menyebabkan dua anak Ida, Siti Rohana dan Siti Rohani, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Kejadian itu turut menyebabkan Ida, seorang pekerja kilang dan Sai­mah, yang duduk di tempat penum­pang hadapan tersepit.

“Keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Perdana mengalami kecede­raan ringan sementara pemandu Proton Preve tidak cedera,” katanya.

Menurut suami Ida, Abd. Ghafar Said, 49, isterinya ada memberitahu yang mereka hendak pergi ke Bandar Melaka kira-kira pukul 9.30 pagi semalam

Zamani: Saya minta maaf

Zamani (Slam)
"SAYA minta maaf kepada semua dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini,” demikian kata-kata yang dipetik lahir daripada bibir bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani pada satu sidang media hari ini.

Pengurus Zamani, Johan Aziz ketika dihubungi Sinar Online memberitahu, pelantun lagu Sang Pari-pari itu kini dibebaskan di bawah jaminan polis berazam untuk pulih dan tidak akan mengulangi sejarah hitam hidupnya.

“Sekarang ini, dia sudah dibebaskan. Buat masa ini, dia hanya mahu berehat. Tapi dia minta maaf atas apa yang berlaku. Dia berjanji akan cuba memperbaiki diri dan bebaskan diri dari belenggu dadah,” katanya.

Menurut Johan, pihaknya dan keluarga kini berusaha mencari jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Dia sendiri mahu berubah dan sekarang ini kami dan keluarga masih berbincang untuk membantunya,” katanya lagi.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi pada Rabu lepas.

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

sumber :hiburan sinar