PULAU PINANG . - Nasib peniaga Melayu di negeri ini terus ditindas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang kelihatan semakin rakus melancarkan operasi ‘memerangi’ mereka dengan merobohkan gerai makan yang diusahakan.
Terbaharu, tiga peniaga di Jalan Sungai Dua berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hilang mata pencarian apabila gerai yang diusahakan sejak 15 tahun lalu, dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, gerai-gerai itu dirobohkan tanpa sebarang notis dan perbincangan.
Pemilik gerai sate, Roslan Bakar mendakwa, dia hanya mendapat tahu gerainya telah dirobohkan daripada seorang kenalan kerana ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Bukit Gedung.
“Apabila sampai, anggota penguat kuasa sudah selesai merobohkan gerai kami dan hanya barang-barang niaga seperti meja dan kerusi berselerak di situ.
“Saya sangat sedih kerana selama 15 tahun berniaga di situ tiada sebarang masalah kerana tapak niaga kami dimiliki oleh sebuah syarikat swasta dan setiap bulan kami membayar sewa RM1,000,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengenai punca gerai mereka dirobohkan, Roslan berkata, tindakan itu mungkin disebabkan ada struktur binaan gerainya ‘termasuk’ ke dalam kawasan tanah terbiar milik kerajaan negeri yang terletak bersebelahan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak harus melakukan tindakan meroboh secara tergesa-gesa dan perlu lebih bertimbang rasa dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu.
“Tindakan mereka tidak adil kerana kedudukan gerai bukannya di tepi jalan serta tidak mengganggu lalu-lintas.
“Apa yang menimbulkan persoalan, gerai peniaga bukan Melayu di kawasan lain yang secara terang-terangan berada di tepi jalan dan menyebabkan kesesakan dibiarkan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu-lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow ketika ditanya mengenai perkara itu hanya berkata, beliau tidak ada maklumat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan