Isnin, 17 November 2014

Apartmen jadi sarang pelacuran

GEORGETOWN - Sindiket pelacuran kini beralih kepada modus operandi baharu dengan menjadikan apartmen sebagai sarang perkhidmatan seks.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, trend itu terbongkar selepas serbuan berterusan dilakukan di premis hiburan.

Menurutnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut membuat serbuan itu, kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah apartmen di daerah itu sekepas mendapat maklumat orang awam.

“Kami menahan enam wanita Vietnam disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

“Pusat maksiat itu dikesan memberi tawaran seks dengan harga antara RM100 dan RM150,” katanya.

Sementara itu, Unit Anti Pemerdagangan orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman dengan kerjasama Unit D7 Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) menyelamatkan 13 wanita warga asing dijadikan GRO dalam serbuan di pusat urut di Bukit Tambun, Simpang Ampat.

Menurut Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hasan Wan Ahmad, ketika serbuan kesemua sembilan wanita Thailand dan empat Vietnam berada di dalam premis itu.

Dalam operasi terhadap dua lagi premis hiburan di kawasan itu, pihaknya menahan 13 individu termasuk enam wanita Vietnam.

“Kita dapati pemilik premis itu turut menggaji pekerja tanpa permit sah, dan melanggar syarat pas lawatan sosial, empat daripada lima pelanggan itu juga didapati positif dadah hasil ujian saringan oleh Jabatan siasatan jenayah IPD SPS”, katanya.

Kes disiasat dibawah Sekyen 12 Atipsom, Seksyen 6 (1) (c) dan 55b Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan