Rabu, 31 Disember 2014

Awie: 2014 tahun gila buat saya

Awie
DEMIKIAN luahan penyanyi rock terkenal, Awie, mengenai pasang surut kehidupannya sepanjang tahun ini. Menurut Awie, tahun 2014 merupakan tahun yang banyak memberikan pengajaran berharga buat dirinya.

“2014 memang beri impak yang dahsyat dalam hidup saya. Apa yang berlaku benar-benar mengajar saya apa itu erti kesabaran.

"Secara tidak langsung juga, ia turut mengembalikan semangat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik,” ujarnya.

Penyanyi berusia 46 tahun ini mengakui dugaan yang menimpa hidupnya sejak akhir-akhir ini memberi kematangan dan kekuatan buat dirinya.

“Sebagai manusia biasa, ada kalanya timbul perasaan yang mengganggu fikiran tambahan pula apa yang menimpa saya termasuklah masalah rumah tangga dan kehilangan ibu berlaku dalam masa yang terdekat.

“Walaupun ujian yang datang itu memang gila, tapi yang positifnya, saya juga tidak terlepas pandang dengan penderitaan insan lain yang lebih memerlukan.

“Demi anak-anak, saya akan pastikan 2015 ini akan beri satu kemenangan dan kemeriahan buat mereka dan itu keutamaan saya,” tegasnya ketika ditemui pada sesi beramah mesra bersama peminat sempena konsert ‘Wings Menakluk Kosmos’ di Pulau Pinang baru-baru ini.

Pada masa sama, bintang pementasan ‘Takhta 3 Ratu’ ini juga turut mengakui tidak mampu menghentikan kata-kata negatif yang dilemparkan ke atasnya berikutan dugaan yang menimpa hidupnya itu.

“Bila sebut nama Awie, pasti ada sahaja perkara yang buruk mereka akan kaitkan.

“Pengalaman memang mematangkan saya dari sudut pendirian dan pemikiran saya sekarang. Jika tidak ada kekuatan saya diri saya, mungkin saya tidak akan berdiri seperti ini selepas banyak perkara yang perlu saya hadapi kebelakangan ini.

“Saya percaya Tuhan mengetahui segala-galanya dan saya tidak nafi ada yang berkata negatif tapi saya anggap semua ini sebagai satu doa yang positif di mana mungkin ia peringatan kepada saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik,” jelasnya panjang lebar

108 ditahan mencuri, 2 sebar maklumat palsu

Mazlan
KOTA BHARU - Banjir besar di negeri ini tidak menginsafkan sesetengah pihak apabila ada yang bertindak memecah masuk pasar raya dan beberapa premis perniagaan di negeri ini bagi mengambil bekalan makanan dan barangan lain kononnya untuk digunakan sebagai bekalan sepanjang musim terbabit.

Lebih mengejutkan apabila kejadian itu turut melibatkan remaja berusia 14 sehingga golongan dewasa berumur 40 tahun yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan bencana.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, situasi berkenaan melibatkan 39 laporan dengan 37 laporan berhubung kecurian dan dua penyebaran maklumat palsu.

"Seramai 108 ditahan termasuk lelaki dan wanita berhubung kecurian di negeri ini di samping dua dikenal pasti menyebarkan maklumat palsu yang berhubung kejadian banjir di negeri ini.

"Tangkapan kes kecurian dilakukan di sekitar Tanah Merah, Kota Bharu selain beberapa tempat lain termasuk Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Pasir Puteh termasuk Bachok" katanya.

Mazlan berkata, kesemua laporan yang diperolehi itu bermula sekitar 17 Disember lalu dan 16 kes disiasat sehingga kini selepas banjir gelombang kedua berlaku.

"Tangkapan melibatkan kecurian akan didakwa di bawah seksyen 451 Kanun Keseksaan (KK), 457 Kanun Keseksaan (KK) dan seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK), seksyen 448 KK selain dua kes penyebaran maklumat palsu di bawah akta multimedia dan komunikasi" katanya kepada media.

Beliau berkata demikan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di sini hari ini.

Mazlan berkata, orang ramai tidak sepatutnya melakukan perbuatan sedemikian kerana ia menyalahi undang undang.

"Kita ada peraturan lagipun mencuri salah dan sepatutnya mereka tidak melakukan perbuatan itu sewenang-wenangnya.

"Lagipun kebanyakan mereka merupakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan dan memperolehi bantuan namun bertindak melakukan perbuatan itu demi kepentingan sendiri," katanya

sumber : sinar

Isnin, 29 Disember 2014

Hormat Bakal Bapa Mertua, Pernikahan Zizan, Emma Maembong Sederhana

PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak memberitahu majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu, pelukis terkenal Ismail Embong.

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, dia tetap akan berlaku adil kepada masyarakat dan peminat yang ingin menyaksikan hari bahagianya nanti.

“Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.

“Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan bapa kekasihnya iaitu Ismail Embong yang mahu majlis pernikahan anak-anaknya dilakukan secara sederhana dan tertutup.

mStar Online pada 22 Disember lalu melaporkan, Ismail telah mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan cara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya.

Yaya dan Wan Raja bernikah pada 12 Disember lalu.

Mengulas tentang perkara itu, Zizan berkata ia adalah hal berkaitan keluarga dan tidak perlu diperbesarkan kepada umum.

“Saya tidak boleh berpihak kepada mana-mana kerana bagi saya kedua-dua pihak ada jawapan mesing-masing. Saya tidak boleh memberi penilaian secara peribadi kerana ia adalah hal dalam keluarga yang seharusnya dibincangkan hanya dalam keluarga sahaja.

“Bagi saya apa yang berlaku ayah adalah tetap ayah kita walaupun baik atau buruk pun dia,” ujarnya.

Sementara itu, Zizan berkata, dia memuji sikap kekasihnya Emma Maembong dalam menyelesaikan masalah keluarga tersebut dengan matang.

Dia dan Emma juga kini dalam proses memujuk kedua-dua belah pihak agar berbaik semula.

“Saya puji dengan sikap Emma yang matang dalam hal ini kerana dia lebih tahu dan rapat dengan kedua-dua belah pihak ini.

“Dia tahu apa yang perlu dilakukannya dalam memujuk kedua-dua belah pihak untuk berbaik,” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang rancangan perkahwinannya dengan wanita tersebut, Zizan berkata ia mungkin selepas semua masalah tersebut selesai.

“Insya-Allah, Emma beritahu biar keluarganya selesai dahulu dan doakan yang terbaik sahaja buat kami,” ujarnya.-msta

5,000 saksi pembukaan konsert bergerak Wings




SEBERANG JAYA: Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan Konsert Menakluk Kosmos yang berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, kelmarin.

Pada konsert bergerak di lokasi pertama yang diadakan bersempena kemunculan album baru itu, Wings turut melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti Prihatin Seberang Jaya.

Vokalisnya, Ahmad Azhar Othman atau Awie, berkata 90 peratus daripada hasil kutipan tabung akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.


AWIE (kanan) bersama ahli kumpulannya, Eddie (kiri) dan Black (tengah) melancarkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur ketika hadir membuat persembahan dalam Jelajah Konsert Menakluk Kosmos di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
"Selepas Pulau Pinang, Wings dijadualkan meneruskan konsert sama di Melaka pada 31 Januari depan disusuli beberapa destinasi lain termasuk Sabah. Sekali gus kami membawa bersama tabung ini.

"Menjadi tanggungjawab Wings dan peminat sebagai rakyat Malaysia untuk membantu insan lain yang berdepan dugaan besar begini," katanya selepas pelancaran tabung.

Selain Awie, kumpulan yang ditubuhkan pada 1985 itu turut dianggotai Joe, Eddie dan Black.

Konsert Menakluk Kosmos adalah persembahan mega bergerak Wings yang pertama selepas 20 tahun untuk mempromosikan buah tangan terbaharu selepas kali terakhir menjayakan misi sama ketika kemunculan album Bazooka Penaka pada 1994.


sumber : bh hiburan

Sesi persekolahan negara ditangguh seminggu

Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin).

"Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.

"Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan," katanya.

Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722 orang. - Bernama

JPAM nafi sekat bantuan mangsa banjir

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi itu telah menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.

Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata, penyebaran berita palsu itu disebarkan melalui media sosial baru-baru ini.

"JPAM tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyekat bekalan atau bantuan daripada mana-mana pihak.

"Malah kami (JPAM) sangat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang awam kerana ketika saat negara ditimpa bencana sebegini, keselamatan nyawa rakyat menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zaitun menjelaskan, selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, JPAM turut melakukan tugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara.

Di samping itu, katanya pihaknya juga melaksanakan tugas kemanusiaan seperti kes kecemasan, rawatan awal serta lain-lain perkhidmatan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda orang awam terus terpelihara.

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di enam negeri yang terjejas adalah 225,731 orang. - Bernama

Ahad, 28 Disember 2014

‘Bakri guru saya’ (zico)

Kangar: “Legenda bola sepak Thailand berguru di Malaysia”.

Itu ungkapan bekas pemain bola sepak kebangsaan Bakri Ibni selepas bekas anak didiknya yang juga Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang atau ‘Zico’ memeluk dan menciumnya ketika mereka terserempak di lobi Hotel Hilton, Petaling Jaya, selepas final Piala AFF Ahad lalu.

Thailand dinobatkan juara trofi berkenaan selepas menang agregat 4-3 biarpun tewas kepada Harimau Malaya 2-3 pada final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bakri berkata, bergenang air matanya selepas anak didiknya itu berteriak memberitahu orang ramai bahawa dia adalah bapa dan gurunya.

Beliau terkejut dengan tindakan Kiatisuk yang meluru memeluknya seperti seorang anak sambil berkata ‘my father, my father’ di lobi hotel berkenaan yang dipenuhi orang ramai dan penyokong Thailand.

“Saya tidak sangka dia akan bertindak begitu selepas kami sudah lama tidak bertemu sebaik meninggalkan Liga Malaysia.

“Ketika dia bermain bersama Perlis, memang kami sangat rapat malah dia tidak ubah seperti anak serta murid saya ketika itu pada 1998,” kataya.

Menurut Bakri, beliau bertanggungjawab mencungkil bakat Kiatisuk sebelum membawanya beraksi bersama Perlis yang ketika itu dilatihnya.

Daripada pandangannya Kiatisuk seorang pemain berbakat besar dan menunjukkan disiplin tinggi ketika dalam dan luar padang.

Menjelang penghujung musim 1999 dia kemudian mendapat tawaran bermain bersama pasukan Huddersfield Town di London selepas meninggalkan Perlis.

“Dia ketika itu tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak mempunyai kenalan di Malaysia dan sering datang dan tinggal di rumah saya di Kampung Batu 5, Kuala Perlis.

“Masa itulah dia belajar bahasa Melayu dan Inggeris daripada saya,” cerita penyerang kebangsaan itu.

Menurutnya, selepas sekian lama terputus hubungan, beliau diberitahu oleh bekas pemainnya bahawa ‘Zico’ menginap di hotel Hilton Petaling Jaya.

“Mereka mahu bertemunya namun bimbang takut tidak dilayan dan mahu saya menemani mereka.

“Saya tidak beritahu mereka Kiatisuk bukanlah seorang yang sombong. Saya mahu mereka sendiri mengetahuinya.” Menurut Bakri mereka tiba di lobi hotel yang ketika itu dipenuhi penyokong serta media Thailand.

“Kira-kira jam 1 pagi selepas final, saya terlihat kelibat Zico di celah-celah pemainnya yang dikerumuni peminat.

“Sebaik sahaja dia terlihat saya, dia menjerit sebelum meluru ke arah saya sebelum memeluk dan mencium saya,” katanya.

Bakri berkata, tidak cukup dengan itu, dia berteriak kepada para penyokong dan pemainnya bahawa beliau adalah bapa dan gurunya.

“Tiada yang lebih membanggakan saya apabila dia yang sudah mempunyai nama besar di Thailand masih mengenang jasa saya.

“Saya beritahu saya bangga dengan pencapaiannya dan kami menghabiskan masa beberapa minit menceritakan kisah lama dan pengalamannya.

“Sedar bahawa dia diperlukan media dan penyokong Thailand, saya tidak mahu lama bersamanya.”

Kiatisuk kemudian menyuruh beberapa pemainnya menghantar saya dan keluarga ke kereta di luar hotel.

“Saya memang sebak terutama apabila mengenangkan Kiatisuk yang saya kenal hampir 20 tahun sudah bergelar wira bola sepak Thailand.

“Apa lagi dia masih mengenali saya sebagai bapa dan gurunya,” kata Bakri

Semadi sebelah pusara isteri

KEMAMAN - “Makcik lega,” kata Zariah Awang Jusoh, 70, apabila mayat anak tunggalnya yang dihanyutkan arus deras semasa menaiki bot penyelamat untuk berpindah ke pusat pemindahan, akhirnya dijumpai kira-kira jam 12.10 tengah hari semalam, iaitu selepas 20 jam mayat menantunya ditemui.

Mayat Suhaimi Awang, 37, ditemui tersangkut pada kayu dalam jarak 10 meter dari lokasi isterinya, Norhayati Sulong, 37, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga dijumpai kelmarin.

Dengan penemuan mayat kedua pasangan itu, enam anak pasangan malang itu, Nor Syafiqah Syahira, 12; Nor Izzah Insyirah, 11; Muhammad Irfan Irsyad, 9; Nor Intisar Izdihar, 4, dan Nor Adifa Arissa, 4 bulan, kini bergelar yatim piatu.

Anak sulung hingga anak ketiga pasangan itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai sementara anak keempat bersekolah di Pasti Kampung Mak Chili.

Penemuan mayat itu juga memakbulkan hasrat Zariah untuk menatap buat kali terakhir wajah anaknya yang hilang bersama isteri sejak Rabu lalu selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik.

Bagaimanapun, Zariah yang ditemui selepas melakukan pengecaman ke atas mayat anaknya itu di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman enggan mengulas lanjut kerana masih trauma dengan insiden berkenaan.

Jenazah Suhaimi selamat disemadikan bersebelahan pusara isterinya selepas waktu solat Asar semalam, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, Chukai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, jenazah Suhaimi ditemui oleh pasukan skuba bomba dan Rescue Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang melipatgandakan pencarian di sekitar mayat pertama dijumpai.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat ini dilakukan oleh 22 anggota polis, 25 anggota bomba dan 25 anggota tentera dengan menggunakan dua buah bot bomba, dua buah bot orang awam dan sebuah bot polis.

“Oleh itu saya juga merakamkan penghargaan kepada semua pasukan penyelamat yang terlibat dengan operasi SAR ini. Dengan penemuan kedua-dua mangsa ini, operasi SAR ditutup secara rasmi pada jam 2 petang,” katanya.

tembelang suami pecah

Resah suami bongkar rahsia
CURANG dengan rakan pejabat, bersekedudukan bawah tangga. Berkali-kali saya mendesak ingin mengikuti suami menghadiri satu program melibatkan famili di tempat kerjanya.

Entah kenapa saya dapat rasakan pelawaan suami minggu lepas sekadar satu pelawaan kosong tanpa maksud.

Meski bibirnya memaklumkan tentang program itu berkaitan famili, lagaknya seakan berharap saya tidak berkeputusan untuk mengikut. Tapi dia silap. Sekali dia mempamerkan sikap teragak-agak, sepuluh kali curiga ini berganda.

Hari berkenaan, saya bersiap cantik-cantik. Pembantu rumah, Nisa dan bayi kecil kami berusia enam bulan juga sudah siap. Kami menunggu di garaj kereta. Suami bangun pagi dan bersiap dengan langkah longlai.

Dua hari lepas, dia balik jam 1 pagi minta saya sediakan nasi. Katanya selesai praktis untuk persembahan dia tak sempat makan malam dan terus balik rumah dalam kelaparan. Sebagai suri rumah dan seorang isteri, saya sediakan makanan secepat mungkin seperti yang dia minta. Saya padamkan letih demi dia.

Kami tiba di pejabatnya jam 6.40 pagi. Jemput rakan sekerja suami bernama Faiz dan kami terus bergerak ke Putrajaya lokasi di mana hari keluarga pejabat suami diadakan. Saya, Nisa dan bayi diam di kerusi belakang. Faiz bersalam dengan saya sambil tersenyum kelat.

“Eh, semua ikut? Maaf kak, Din cakap akak tak ikut.” Hati bertambah curiga tapi salamnya saya sambut juga.

“Din, Suzi dah siap. Kita jemput dia di hotel sebelah restoran tempat kita makan malam semalam.” Selamba ayat itu melurut dari bibir Faiz.

Hati bertambah panas bila mendengar nama Suzi disebut-sebut. Nama perempuan. Tinggal di hotel sebelah restoran tempat makan semalam?

Habis yang dia katakan tidak makan itu apa pula? Saya mula menendang tempat duduk kerusi pemandu dari arah belakang, memberi amaran bahawa hati saya sudah mula hendak panas.

Suami masuk hotel

Sepanjang perjalanan suami kelihatan resah dan sebaik kami tiba di hotel menempatkan wanita itu, tanpa mematikan enjin kereta, suami terus keluar dan meluru ke bilik hotel di tingkat satu yang berbentuk seperti rumah teres setingkat itu.

Alangkah hancur dan berkecai hati saya melihat perilaku suami yang dengan selamba memasuki bilik perempuan yang disebut sebagai Suzi itu.

Nisa memandang saya dengen ekspresi terkejut. Jika dia sebagai orang asing juga berasa curiga, apatah saya sebagai isteri. Saya tertanya-tanya kenapa suami meluru masuk ke bilik hotel kerana bukankah yang dimaksudkan penghuni hotel itu adalah Suzi? Perempuan?

Lima minit menunggu dengan penuh was-was, saya melihat suami keluar pintu diikuti Suzi sambil di tangannya menggalas beg pakaian. Saya jadi hilang sabar.

Entah angin apa yang menyerang saya waktu itu, saya terus keluar dari kereta bertanyakan siapa wanita itu. Faiz cuba meleraikan dengan alasan Suzi adalah teman wanitanya.

“Kenapa Din yang masuk bilik dia?!” Saya menyoal lagi. Intonasi saya tidak terkawal. Saya kerasukan. Suzi menyorok di belakang suami. Dalam hati saya terdetik, ALLAH nak tunjuk. Suami sendiri menunjukkan kebodohan dalam kegelisahannya.

Pagi itu saya mengamuk di hadapan hotel. Saya tarik rambut Suzi, saya tolak, tumbuk dan cakar dada suami. Saya sudah tidak kisah. Peristiwa demi peristiwa terkeluar dari mulut saya.

“Nama yang direkod atas nama Faiz2 itu siapa?! Setiap malam selama lebih dua bulan ini yang dikatakan pergi praktis program pejabat itu sebenarnya pergi ke mana?!

Praktis dengan siapa?! Tidak balik ke rumah selama beberapa malam itu operasi apa?!” Saya tanyakan semuanya sehingga akhirnya dia tiada jawapan lagi.

Saya menangis, melutut, merintih... Suami menyerah, Suzi menyerah... tapi apa yang saya mahukan lagi? Saya ditipuhidup-hidup.

Mengaku selingkuh

Saya isterinya. Saya percaya pada firasat yang ada dalam hati saya. Dan saya yakin, tidak saya seorang malah semua para isteri di luar sana juga berasakan perkara sama.

Andai suami berselingkuh, isteri pasti mampu menduga, berasa syak wasangka tapi isteri tidak berani menyuarakannya tanpa bukti di hadapan mata.

Namun percayalah sahabat wanita, ALLAH itu ada... ALLAH kan selalu ada...

Suami yang selingkuh pasti terperangkap dalam permainannya sendiri suatu masa nanti dan seperti mana yang berlaku terhadap suami saya dan perempuan itu, tembelang mereka pecah jua.

Terlalu pedih hati ini untuk menerima kekhilafan mereka. Saya tanya suami semenjak bila? Suzi rupa-rupanya seorang pelatih di pejabatnya sejak enam bulan lalu. Baru berusia 22 tahun dan tidak biasa tinggal di Kuala Lumpur. Hubungan mereka terjalin sejak hari kedua Suzi bekerja.

“Abang minta maaf. Abang cuma niat nak tolong Suzi tapi ...” Suami memeluk. Saya menolak kasar. Nisa dan anak sudah saya arahkan menunggu di dalam kereta. Hari itu juga saya akan berlalu dari hidup suami yang tak kenal hati budi.

“Abang ada isteri, tapi selingkuh dengan tunang orang? Apa yang abang dan perempuan tu dah buat? Sampai tahap mana?” Saya jijik menyebut nama Suzi. Meski pun jawapan suami bakal menghiris hati ini, saya tidak tahu kenapa saya tanyakan juga.

“Sumpah kami tak buat apa-apa..

“Jangan bersumpah! Saya dah paksa Suzi terus-terang. Saya bukan perempuan bodoh nak terima abang yang buat maksiat dalam tandas pejabat. Bawah tangga pejabat?! Apa tu?!” Air mata mengalir laju.

Kalau suami terlihat hina, saya berasakan lebih lagi. Tidak mahu terus menjerut hati, saya ambil keputusan keluar dari rumah dan akan memfailkan penceraian.

Sehingga hari ini, saya belum mampu menceritakan sebab sebenar rumah tangga saya hancur di tengah jalan kepada keluarga saya mahu pun mertua. Hati kekal terluka

Singapura aktifkan pusat operasi mencari QZ8501

AirAsia hilangSINGAPURA - Singapura mengaktifkan operasi Pusat Penyelarasan Mencari (RCC) dan menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Indonesia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang.

RCC dikendalikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) serta disokong pelbagai agensi, termasuk Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Dalam kenyataannya, CAAS berkata pesawat dari Surabaya itu, yang dijadual mendarat di sini pada 8.30 pagi, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi.

Katanya, pusat kawalan trafik udara Singapura dimaklumkan tentang perkara itu pada 7.54 pagi oleh pusat kawalan trafik udara Jakarta.

Kenyataan itu berkata ketika terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, pesawat berkenaan berada di Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) Indonesia iaitu lebih 200 batu nautika di tenggara sempadan FIR Singapura-Jakarta.

Menurut SAAS, pihak berkuasa Indonesia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat dari Pejabat Mencari dan Menyelamat Pangkal Pinang.

"Dua pesawat C130 diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk tujuan ini. Kami sentiasa bersedia memberi sebarang bantuan bagi menyokong usaha mencari dan menyelamat," kata CAAS dalam kenyataannya.

Pusat Pengurusan Krisis CAAS dan Changi Airport Group (CAG) juga telah mengaktifkan operasi masing-masing.

"Kami bekerjasama dengan pasukan pengurusan krisis syarikat penerbangan itu," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, CAG berkata pihaknya telah menubuhkan Kawasan Menunggu Untuk Sanak Saudara (RHA) di Terminal 2 untuk memberi bantuan kepada waris penumpang penerbangan itu.

Para waris dinasihati mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada kaunter maklumat yang terletak di bahagian tengah Dewan Ketibaan Terminal 2 (Aras 1).

Sebarang maklumat terkini akan disampaikan kepada waris di RHA, kata CAG. Para waris boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi AirAsia Indonesia melalui talian +62 (21) 2985 0801. - Bernama

sumber : sinar

Jumaat, 26 Disember 2014

sayu nya hati oh kelate ku......














p/s : jika kita tidak mampu menyumbang dengan wang ringgit
       kita juga boleh menyumbang melalui doa..............
       ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam  (nota pemusnah)



Nik Aziz keletihan, rehat di hospital

Facebook Nik Abduh
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, bapanya berehat di hospital akibat keletihan.

“Pagi ini saya menziarahi ayahanda Tuan Guru di hospital HUSM yang sedang berehat di hospital selepas tampak keletihan minggu ini.

“Ayahanda bertanya mengenai situasi banjir dan saya beri sedikit maklumat terkini dan kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh mangsa dan operator penyelamat,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terkini di Facebooknya, pagi ini.

Katanya, meskipun kesihatan Nik Aziz semakin baik namun bekas Menteri Besar Kelantan itu berehat lebih lama ekoran keadaan banjir yang belum pasti.

“Walaupun sudah agak sihat pagi ini, ayahanda mungkin berehat sedikit masa lagi di sini kerana keadaan banjir yang belum pasti.

“Kiri kanan kampung Pulau Melaka kini menjadi aliran sungai yang deras. Bagaimanapun keadaan terkawal. Kawasan di sekeliling sungai Kelantan terjejas teruk,” katanya.

Nik Abduh sempat mengajak orang ramai berdoa atas keselamatan semua.

“Semoga ALLAH meredakan hujan dan angin kencang membadai lautan.

Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus. La Haula Wa La Quwwata Illa Billah,” tulisnya lagi

Khamis, 25 Disember 2014

Wanita ini membuat semua mata tertumpu pada nya!!..KENAPA??

Seorang wanita menjadi tumpuan di sebuah pasaraya yang dikunjungi nya untuk membeli belah, semasa dirinya di kaunter bayaran ramai mata tertumpu pada nya.

Nak tahu kenapa wanita ini menjadi tumpuan dan di pandang oleh orang ramai di sekitar nya ketika membuat bayaran di kaunter pasaraya itu ini lah sebab nya .
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Patut lah semua wanita dan orang ramai di kaunter bayaran itu memandang kepada nya, dress yang di pakai nya agak pelik dan memalukan.


Ini lah fesyen-fesyen pelik yang di pakai wanita-wanita di seluruh dunia mereka suka menjadi perhatian walaupun di keji dan kadang kala memalukan diri mereka sendiri...







Seorang wanita menjadi tumpuan di sebuah pasaraya yang dikunjungi nya untuk membeli belah, semasa dirinya di kaunter bayaran ramai mata tertumpu pada nya.


Nak tahu kenapa wanita ini menjadi tumpuan dan di pandang oleh orang ramai di sekitar nya ketika membuat bayaran di kaunter pasaraya itu ini lah sebab nya .
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Patut lah semua wanita dan orang ramai di kaunter bayaran itu memandang kepada nya, dress yang di pakai nya agak pelik dan memalukan.


Ini lah fesyen-fesyen pelik yang di pakai wanita-wanita di seluruh dunia mereka suka menjadi perhatian walaupun di keji dan kadang kala memalukan diri mereka sendiri...

KISAH BENAR ISTERI CURANG DENGAN LELAKI LAIN DI PEJABAT?



KISAH BENAR ISTERI CURANG – WAJIB BACA!!!

kisah benar isteri curangGambar Hiasan

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

Sumpahan Hantu Langsir

Sumpahan Hantu LangsirTINGGAL seminggu lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2014. Sebagai penutup tirai bagi Slot Cerekarama, sebuah telefilem menarik, Hantu Langsir, bakal dihidangkan khas buat penonton setia TV3, pada 27 Disember, jam 9.00 malam.

Dibintangi ramai pelakon hebat seperti Harun Salim Bachik, Afiq Muiz, FaraLyana, Liza Abdullah, Arash Mohd, Benz Kenopyl, Abon serta penampilan istimewa, Izzue Kepoh (BMB), telefilem terbitan Langkah Karya Production Sdn.Bhd, ini diarahkan pelakon veteran terkenal iaitu Datuk Tarmimi Siregar.

Selaku penerbit, Hazmimi Johar berkata, biarpun Hantu Langsir mengangkat kisah seram, namun ia turut diselitkan elemen komedi.

Katanya, telefilem ini berdasarkan masyarakat Melayu tipikal yang masih lagi percaya akan sumpahan Hantu Langsir yang pernah mengamuk di Kampung Langsir.

"Hantu Langsir ini akan muncul berdekatan tingkap-tingkap rumah penduduk kampung. Namun ia hanyalah cerita rekaan semata-mata.

"Apa yang kami paparkan menerusi telefilem ini berdasarkan pemerhatian kami terhadap karakter-karakter orang kampung yang masih percaya cerita tahyul.

"Walaupun sarat dengan unsur mistik, telefilem ini turut ditambah dengan elemen percintaan dan persahabatan sesuai untuk semua lapisan umur," katanya.

Selain jalan cerita yang menarik, Hazmimi berkata gandingan pelakon lama dan pelawak terkenal pastinya akan memberi satu kelainan buat penonton.

Diganggu penunggu hutan

Tidak lari dari gangguan mistik, Hazmimi memberitahu, mereka turut berdepan dengan situasi sedemikian ketika menjalani penggambaran di hutan.

“Ada pelakon yang mengalami pengalaman seolah-olah bahu mereka memikul sesuatu yang berat, diikuti sepanjang perjalanan pulang dari Pahang ke Kuala Lumpur serta sakit-sakit badan selepas penggambaran.

“Mungkin lokasi yang dipilih berdekatan dengan pokok-pokok besar yang dianggap ‘keras’ oleh masyarakat menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Malah ada yang melihat kelibat putih, namun kami bernasib baik kerana tiada sebarang kejadian histeria atau dirasuk berlaku,” ujarnya.

Akui situasi itu merupakan kejadian biasa bagi mana-mana penggambaran yang melibatkan unsur mistik, Hazimi berkata, pihaknya turut membuat persediaan bagi mengatasi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Sebelum memulakan penggambaran, kami ada memanggil ustaz untuk membacakan doa selamat, apatah lagi inilah telefilem seram pertama percubaan kami.

"Alhamdulillah, mujurlah tiada perkara-perkara buruk yang menimpa pelakon dan kru produksi.

"Malah, saya juga bersyukur kerana penggambaran telefilem ini dapat disiapkan dalam tempoh enam hari meskipun lokasi di Pantai Timur sedang musim tengkujuh," katanya.

Sedikit mengenai sinopsis, telefilem ini mengisahkan sumpahan Hantu Langsir yang berlaku pada tahun 1964 kini kembali menimbulkan huru-hara di sebuah kampung.

Bot polis terbalik, 3 anggota nyaris hanyut

KUALA LIPIS - Sebuah bot polis yang dinaiki tiga anggota membawa bekalan makanan ke Kampung Kuala Kenong terbalik, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku apabila bot itu melanggar wayar boya kampung berkenaan.

“Ketika kejadian dua buah bot polis dan sebuah bot bomba sedang dalam misi menghantar bekalan makanan termasuk beras kepada penduduk di Kampung Kuala Kenong.

“Setelah melanggar wayar boya tersebut bot berkenaan telah terbalik lalu mengakibatkan seorang anggota dihanyutkan arus deras manakala dua lagi sempat berpaut pada wayar berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Abdul Razak yang turut menyertai misi berkenaan bersama Pegawai Daerah Lipis, Datuk Ahmad Daud kemudiannya membantu menyelamatkan anggota terbabit.

“Pasukan bomba bertindak segera menyelamatkan anggota yang dibawa arus deras. Kita bernasib baik kerana semua anggota memakai jaket keselamatan selain mereka telah dilatih menghadapi musibah ketika banjir.

“Paras air sungai yang mencecah 13 meter menyebabkan anggota tidak nampak wayar boya yang berselirat di dalam air,” katanya

Selasa, 23 Disember 2014

Enggan gadai maruah di Hollywood

Tidak perlu sebarang arahan, sebaik sahaja berdiri di hadapan kamera, pelakon Juliana Evans segera memberi aksi yang terbaik. Diakui aura Juliana atau Jue, masih sama seperti tiga tahun lalu, sebelum dia meninggalkan Malaysia dan dunia seni demi mengenggam segulung ijazah Sarjana Muda
Pengajian Media dan Perfileman dari Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat.

Sebelum pulang ke Malaysia pada pertengahan November lalu, Jue atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans juga sempat mengikuti program jangka pendek selama enam bulan di Akademi Filem New York. Katanya, tujuan asalnya pulang ke tanah air demi melepaskan rindu kepada keluarga dan rakan-rakan. Namun, sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di Malaysia, sudah berderet tawaran serta kerja menantinya.

“Sebenarnya selepas habis program jangka pendek di Akademi Filem New York , saya ingin tinggal lebih lama di sana untuk mencari peluang kerja. Kebetulan, sebelum balik ke Malaysia, saya mendapat tawaran untuk bernaung di bawah agensi pengurusan bakat Boby Ball dan kerjaya diuruskan oleh pengurus, Anthony Young.

“Saya sendiri tidak sangka dapat rezeki itu. Bagaimanapun, saya terpaksa pulang ke Malaysia untuk beberapa bulan bagi menguruskan dokumen perjalanan diri serta visa untuk bekerja di Hollywood. Apabila saya pulang ke Malaysia, daripada duduk goyang kaki lebih baik saya bekerja sekurang-kurangnya, ada juga pendapatan,” kata Jue jujur.

Terang gadis berusia 25 tahun, dia sendiri tidak menyangka dirinya masih mempunyai permintaan daripada penggiat industri seni tempatan sementelah tiga tahun memberi fokus kepada pelajaran di negara orang.

“Saya tidak sangka diri ini masih diingati oleh peminat dan penggiat seni. Ingatkan orang sudah lupa pada saya, ditambah ramai artis baharu yang muncul, namun sangkaan saya meleset. Sebelum pulang ke Malaysia, pihak pengurusan saya di Malaysia, Uprising Entertainment memberitahu, sudah ada kerja yang menanti.

“Bulan ini saya terlibat dengan penggambaran filem Tujuh Dimensi Alif terbitan Astro Shaw arahan Faizal Ishak. Dalam filem itu saya digandingkan dengan Izzue Islam. Ikutkan boleh sahaja saya beri fokus kerjaya seni di Hollywood terlebih dulu tetapi saya sayang dengan kerjaya di Malaysia. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap hari ini.

“Penyelesaiannya, saya akan mengimbangkan kerjaya seni antara Malaysia dan Hollywood. Cara itu tidak merugikan saya walaupun akan penat tetapi pulangannya lebih berbaloi,” jawab Jue.


Advertisement
TIGA tahun di Amerika, banyak ilmu yang dipelajarinya termasuk menjadikannya seorang yang lebih berdikari.

Syarat ketat di Hollywood

Meskipun sudah menandatangani kontrak dengan agensi bakat pengurusan Boby Ball untuk menguruskan kerjaya seninya di Los Angeles, kata Jue dia meletakkan syarat ketat kepada agensi tersebut iaitu tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam sebarang tawaran seni yang datang kepadanya.

Kata Jue, dia sedar keterbukaan masyarakat di AS dan syarat itu akan membataskan kerjayanya di sana. Bagaimanapun, Jue tidak sanggup menggadaikan maruah dan prinsip demi seni.

“Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya.

“Sebagai orang Malaysia dan Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya reda, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu,” tutur Jue.

Selain syarat ketat yang diletakkan Jue yang berketurunan Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu), masalah terbesarnya di Los Angeles ialah loghat bahasa Inggerisnya yang masih terikat dengan bahasa Inggeris orang Melayu.

“Walaupun saya berasal dari Asia, namun wajah saya lebih mirip kepada gadis Amerika. Kata pihak agensi saya, tawaran lakonan akan lebih kepada watak gadis Barat bukannya Asia, tetapi masalah saya sebutan bahasa Inggeris saya masih kaya dengan loghat Inggeris Melayu sedangkan mereka mahu saya bertutur seperti orang Amerika.

“Oleh itu, saya harus banyak berlatih pertuturan supaya kedengaran seperti orang sana. Walaupun saya boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik dan belajar tiga tahun di sana tetapi loghat mereka sukar diikuti,” balas Jue.

Disoal apakah yang menguatkannya untuk kembali ke Los Angeles (Hollywood) meskipun sedar persaingannya cukup sengit sedangkan kerjanya di Malaysia sudah cukup kukuh, jelas Jue, dia hanya mahu menimba ilmu selain mencabar dirinya sendiri.

“Saya sudah tandatangani kontrak dengan agensi di sana, mahu tidak mahu saya harus kembali ke Los Angeles. Kedua, saya mahu mencabar diri. Saya sedar persaingannya cukup sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada.

“Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama untuk diperolehi, tetapi sekurang-kurangnya saya sudah berusaha untuk mencapai impian sebagai anak seni. Berjaya atau tidak, pengalaman itu akan saya gunakan pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri saya tetapi dikongsi bersama penggiat seni tempatan,” tuturnya penuh serius.


Advertisement
SELAIN ingin meraih pendapatan lumayan dalam dunia seni, Jue juga menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah akademi lakonan di Malaysia pada masa depan.

Buka akademi lakonan

Apabila ditanya tentang perancangan terbesarnya pada masa hadapan, selain ingin memiliki jenama pakaiannya sendiri, impian Jue ialah untuk membuka sebuah akademi lakonan di Malaysia. Menurutnya, di Amerika, industri seni mereka agak sistematik. Lambakan akademi lakonan di sana memudahkan pelakon untuk mencari kerja.

Ujarnya, di Malaysia mereka yang berasal jauh dari bandar tidak tahu ke mana hala tuju andai ingin menjadi seorang pelakon, justeru itu dia melihat kewujudan sebuah akademi lakonan cukup penting.

“Akademi itu seperti sekolah lakonan. Ia mempunyai bengkel lakonan dan menjadi pusat kepada mereka yang ingin menjadi pelakon tetapi tidak tahu ke mana hala tujunya. Mereka mahu berlakon tetapi tidak kenal mana-mana penerbit atau pengarah, tidak tahu bagaimana untuk memasarkan diri sebagai pelakon dan tidak tahu bagaimana untuk mengasah bakat lakonan.

“Apabila mereka berdaftar di akademi lakonan tersebut, bakat lakonan akan diasah di bengkel lakonan oleh guru-guru terdiri daripada pelakon berkaliber. Melalui cara itu, industri lakonan akan melahirkan pelakon yang berilmu bukan setakat rupa cantik sahaja. Pencari bakat juga dengan mudah memilih pelakon baharu yang mereka inginkan mengikut kesesuaian watak. Jadi, proses menjadi pelakon lebih mudah dan tersusun,” kata Jue.

Sungguhpun itu hanyalah impiannya yang mungkin akan dicapai dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang, sekurang-kurangnya dia merancang untuk menyumbang sesuatu dalam perkembangan industri lakonan tempatan.

“Saya tidak mahu hanya menjadi seorang pelakon tetapi saya juga mahu menjadi penggerak dan penyumbang kepada industri lakonan tempatan. Saya sedar mewujudkan sebuah akademi lakonan bukan mudah tetapi perlu ada usaha daripada sekarang untuk melihat hasilnya pada masa akan datang. Doakan saya berjaya,” tutur Jue menutup bicara

sumber :hiburan kosmo

Wanita ditemui mati bogel

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan bogel dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tuala di dalam sebuah bilik hotel bajet di Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, Jalan Ipoh Bandar Utara, Selayang dekat sini lewat petang kelmarin.

Wanita berusia 30-an yang dipercayai bekerja di sebuah pusat karaoke itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik air oleh penjaga hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asistan Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya menerima maklumat kematian tersebut daripada pihak hotel berkenaan pada pukul 6.50 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, bilik berkenaan didaftarkan pada pukul 9 malam Sabtu lalu atas nama seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun.

“Suspek semasa mendaftar hanya datang seorang diri sahaja sebelum mangsa datang ke bilik berkenaan kira-kira pukul 1 pagi,” katanya di sini malam kelmarin


sumber : kosmo

Banjir: Pahang, Kelantan, Terengganu tambah buruk


banjirKUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk tengah hari ini apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi manakala lima buah kampung di Beaufort, Sabah dilanda banjir tengah malam tadi.

Di KELANTAN, mangsa banjir di lapan jajahan meningkat sebanyak 241 orang daripada 20,468 orang pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir tengah hari ini kepada 20,709 orang.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, pusat pemindahan juga bertambah daripada 70 buah kepada 84 buah tengah hari ini bagi menempatkan kesemua 20,709 mangsa banjir daripada 6,795 keluarga.

Bacaan paras air di empat sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.34 meter (paras bahaya 9 meter), Sungai Galas di Dabong, Gua Musang pada 42.08 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang 40.27 meter (paras bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 29.10 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 17.95 meter (paras bahaya 16 meter).

Sementara jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat seramai 316 orang berbanding 1,328 pagi tadi kepada 1,644 orang tengah hari ini, dan kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Di Tanah Merah jumlah mangsa banjir meningkat kepada 240 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan berbanding 141 mangsa di dua pusat pemindahan, dan di Jeli, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 282 daripada 211 mangsa pagi ini yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Gua Musang berkurangan sebanyak 79 orang iaitu daripada 3,692 pagi tadi kepada 3,513 orang tengah hari ini yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Mangsa banjir di 32 pusat pemindahan di Pasir Mas juga menurun kepada 10,497 orang berbanding 10,565 orang pagi tadi dan begitu juga di Tumpat yang berkurangan kepada 3,901 orang di tujuh pusat pemindahan berbanding 3,956 orang pagi tadi.

Sementara di Pasir Puteh kekal 556 orang di empat pusat pemindahan di Machang juga kekal 19 orang di sebuah pusat pemindahan.

Sehingga kini jumlah kematian akibat banjir di Kelantan sejak 16 Disember lalu kekal empat orang.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat mendadak kepada 11,731 orang berbanding 6,003 pada sebelah pagi, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Daerah Kemaman mencatatkan peningkatan ketara iaitu 5,487 orang dipindahkan berbanding 1,877 orang pada sebelah pagi tadi.

Di Besut jumlah mangsa terus meningkat kepada 495 orang manakala Kuala Terengganu bertambah kepada 2,732 orang dan di daerah Dungun dan Hulu Terengganu masing-masing meningkat kepada 2,205 orang dan 686 orang.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Marang dan Setiu masing-masing kekal sebanyak 102 dan 22.

Jumlah pusat pemindahan di seluruh negeri adalah sebanyak 90 buah iaitu sembilan di Besut, Dungun (19), Hulu Terengganu (14), Kemaman (36), Kuala Terengganu (lapan), Marang (dua) dan Setiu (dua).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2,555 orang daripada 598 keluarga di enam daerah termasuk daerah Rompin yang dilanda bencana alam itu hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, di Rompin sebanyak 169 orang daripada 38 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan yang dibuka pada 12.30 tengah hari ini.

Katanya Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 1,421 orang daripada 357 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir.

"Di Maran melibatkan 594 orang daripada 121 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Lipis (325 oarang daripada 71 keluarga di tiga pusat pemindahan), Pekan (25 orang daripada lima keluarga di dua pusat pemindahan) dan Jerantut (21 orang daripada enam keluarga di satu pusat pemindahan)," katanya kepada Bernama.

Katanya, enam laluan utama di tiga daerah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kuantan membabitkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), daerah Lipis pula membabitkan Jalan Lipis-Gua Musang dan Jalan Lipis-Merapoh dan di daerah Maran ialah Jalan Benta-Jerantut dan Jalan Utama Bandar Maran.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, paras air di empat batang sungai utama di Pahang telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan pada paras 75.35 meter (paras bahaya 68.00 meter), Sungai Pahang di Sungai Yap 54.93 meter (paras bahaya 52.00 meter), Sungai Kuantan di Pasir Kemudi 8.79 meter (paras bahaya 8.20 meter) dan Sungai Kuantan Bypass 5.27 meter (paras bahaya 3.50 meter).

Di SABAH, sebanyak 137 penduduk membabitkan 49 buah keluarga di lima buah kampung di daerah Beaufort dipindahkan ke Dewan Masyarakat Baru Beaufort sejak tengah malam tadi.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata selain lima kampung tersebut, banjir turut menjejaskan 23 buah kampung lain dan menyebabkan lebih 10 buah jalan terputus hubungan atau hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Beliau berkata paras air Sungai Padas pada pagi ini setinggi 9.30 meter melebihi paras bahaya.

Ini merupakan kejadian banjir kali keempat berlaku di Tenom dan Beaufort pada tahun ini. Pertama pada Februari, kedua Mei dan ketiga November lepas. - Bernama

Ahad, 21 Disember 2014

Jual DVD haram untuk pelancong

Johor Bahru: Hasil serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Johor Kementerian Dalam Negeri, dua lelaki penjual cakera video digital (DVD) cetak rompak didakwa di mahkamah, baru-baru ini.
Pengarahnya Vensis Sabin berkata, kedua-dua lelaki berkenaan yang berusia 37 dan 52 tahun ditahan ketika beroperasi di pasar malam di bandar raya ini.
Menurutnya, mereka didapati menjual DVD kerana sedar permintaan tinggi termasuk dalam kalangan pelancong.
Katanya, lelaki berusia 37 tahun ditahan di kaunter jualan DVD di pasar malam di Plentong, di sini, pada 6 Ogos lalu manakala lelaki berusia 52 tahun ditahan ketika beroperasi di pasar malam di Taman Johor Jaya, di sini, pada 30 September lalu.
Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan dikenakan hukuman denda di mahkamah pada 15 Disember lalu di mana sekiranya gagal membayar denda, mereka perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
“Hukuman diterima kedua-dua lelaki berkenaan seharusnya jadi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak bergiat dalam kegiatan menjual DVD cetak rompak,” katanya.

Piala AFF: Empat individu direman disyaki bawa senjata

KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga tempatan ditahan reman hari ini kerana disyaki membawa senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, malam tadi.

Keempat-empat lelaki itu ditahan bersama dua lagi remaja ketika menyaksikan perlawanan akhir berkenaan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kesemua lelaki itu direman mulai hari ini bagi membantu siasatan.

"Tiga lelaki berkenaan berumur antara 20 dan 26 tahun, disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan kerana disyaki memiliki suar.


"Seorang lagi yang berumur 39 tahun disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Melecur dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki besi buku lima," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dua remaja, berumur lingkungan 17 tahun yang ditahan kerana memakai selempang tertera ungkapan yang menghina pasukan polis telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.- BERNAMA


Banjir telan kedai makan sekelip mata

PASIR MAS: Bencana banjir yang melimpahi pekan Rantau Panjang Khamis lalu menyebabkan seorang pemilik kedai makan hanya mampu melihat segala kelengkapan kedai miliknya dibawa arus dalam sekelip mata.

Faezah Kamarudin, 44, berkata semasa kejadian kedainya masih dibuka kira-kira 1 pagi dan beberapa pelanggan yang masih ada sebelum tiba-tiba limpahan air dari Sungai Golok melanda kawasan sekitar.

"Ketika itu saya hanya mampu melihat segala kelengkapan perniagaan saya dihanyutkan arus deras banjir. Ia berlaku begitu pantas tanpa sempat saya menyelamatkan barang-barang perniagaan.


"Kebetulan di belakang kedai saya ada paya. Jadi semua barang dibawa arus banjir, sampai kaunter saya pun dihanyutkan sekali ke paya itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelanggan yang ada dalam kedai sempat menyelamatkan diri apabila air mula memasuki kedai.

"Air masuk kedai dengan pantas dan kedai saya tenggelam terus, memang ini kali pertama berlaku sejak saya berniaga.

"Saya dan tiga pekerja diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang lalu di kawasan itu. Nyawa lebih penting dari harta benda," katanya.

Faezah berkata, akibat kejadian itu dia mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas peralatan seperti televisyen, kerusi, meja dan lain-lain dihanyutkan air banjir.

"Saya hanya mampu berserah dan perlu mengeluarkan modal lain untuk memulakan semula perniagaan.

"Banjir kali ini adalah paling buruk, selalunya setiap kali banjir, air tidak masuk ke dalam kedai," katanya.

Nasib serupa turut dialami seorang lagi peniaga, Hasnah Yusof, 58, yang menganggarkan kerugian lebih RM20,000 selain kedai yang mengalami kerosakan teruk.

"Tidak ada apa yang mampu saya selamatkan, (tetapi) saya reda dengan apa yang berlaku," katanya

Jumaat, 19 Disember 2014

Wanita Terangsang Bila Tengok Alat Sulit Lelaki Yang Besar!

Bila mata tertipu lagi...
Bacaan Lelaki aje... wanita pula jangan sibuk!
Wanita biasanya malu2 untuk membincangkan soal seks. Tapi naluri mereka memang suka barang yang besar... itu hakikatnya. Simpati pula pada lelaki yang kurang dari itu. Apapun lelaki tidak perlu susah hati kerana itu satu anugerah dan hanya satu kelebihan saja...


Kita Commercial Break Dulu!..he3..




Dalam soal ini paling penting nombor wahid, bagaimana teknik untuk membuatkan mereka tewas dulu.. tak salah jika ada yang mengatakan wanita mempunyai 99 nafsu dan 1 akal, lelaki pula mempunyai 1 nafsu dan 99 akal...

Pompuan Suka barang besar..tak percaya? Lihat video ini...



Bagaimana Nak Puaskan Nafsu Sex Seorang Perempuan?

Berapa kali dia klimaks dalam seminggu, sebulan, setahun atau sepanjang hayatnya?

Mungkinkah setiap kali bersama atau sekali sekala atau tidak pernah langsung!

Bagaimana hendak memuaskan dan membahagiakan pasangan anda. Wajarkah menggunakan perantara seperti gambir sarawak atau krim tahan lama. Atau jampi serapah. Tak perlu.

Cuba amalkan kaedah ini.

Setelah pasangan anda bersedia menerima tusukan, masukkan zakar kedalam faraj dengan perlahan sehingga kepangkal. Biarkan begitu tanpa pergerakan untuk seminit dua dan selepas itu buatlah stroke slow motion tiga empat kali dalam seminit sambil membisikan kata-kata romantis di telinganya. Cumbui dia di bahagian atas seperti di leher, ketiak dan puting untuk menambah lagi keghairahan. Sambil anda berbuat demikian, cuba alihkan fikiran untuk meredakan gelora di dada.

Kenapa perlu direndam. Tidakkah lebih seronok kalau terus didayung laju.

Pelincir di faraj adalah acidic. Kulit kepala zakar, tidak seperti kulit jari, dicipta khusus untuk tidak menggelupas walaupun terendam lama di dalam faraj. Kalau anda boleh bertahan sehingga dua puluh minit, secara semula jadi anda juga boleh bertahan sehingga dua atau tiga kali ganda lebih lama. Kenapa?

Setelah lama disalut dengan lendir faraj, kepala zakar akan mula terasa kebas. Dan istimewanya kekebasan ini kerana ia tidak menyiksa pasangan anda seperti kesan bahan tiruan.

Tapi bagaimana hendak bertahan untuk dua puluh minit pertama?

Semasa piston membuat stroke, gunalah gear secara teratur. Jangan terus ke overdrive. Dalam masa yang sama, cuba layangkan fikiran anda ketempat lain dan bisukan telinga dari mendengar suara manja pasangan sambil anda mengira stroke untuk mengalihkan tumpuan. Kira dari tusukan pertama sehingga perjuangan selesai. Kalau purata stroke empat puluh kali dalam seminit, berapa lama anda boleh bertahan sekiranya anda dapat melakukan seribu enam ratus hingga dua ribu stroke!!!

Tapi bagaimana kalau sebelum terasa kebas anda sudah hampir tewas?

Bila sudah terasa geli, hentikan sebentar pergerakan dan rendam lagi. Kalau masih tak tahan, lelehkan air mani di dalam faraj. Ingat jangan sampai terpancut kerana lazimnya bila sudah terpancut, kepala kemaluan akan rasa ngilu dan lembik. Selepas air meleleh, teruskan dayungan. Cuma nantinya keliling faraj dan pangkal zakar, buih putih akan terkumpul.

Bagaimana nak tahu kalau pasangan klimaks atau tidak.

Kita sering mendengar orang lelaki mengeluh kerana faraj pasangannya longgar. Kenapa ia longgar.

Kalau perempuan tidak terangsang sepenuhnya ataupun setiap kali bersama, dia tak pernah rasa puas, maka akhirnya dia pun malas nak layan. Macam juga lelaki. Kalau tidak terangsang, mana nak dapat kekerasan mutlak. Ada isteri yang bercerita tentang suaminya “aku kangkang aje bila dia nak” dan bila ayat begitu keluar dari mulut seorang isteri, cuba bayangkan apa puncanya. Isteri tak berminat kan. Kenapa dia tak berminat?

Sebab dia tak pernah dapat kepuasan sebenar. Baru mula nak geli, suami dah tewas.

Hakikatnya, otot-otot di faraj perempuan akan menegang bila dia terasa geli yang amat sangat. Cengkamannya lebih kuat dari faraj seorang anak dara yang buat pertama kalinya disetubuhi. Cengkaman berpanjangan itu akan sampai kesatu tahap sehingga zakar pun terasa sengal dan akan terlepas sebaik sahaja ‘rasa gelombang halus’ meresapi keseluruh tubuhnya. Perasaan yang sama ketika terpancutnya air mani lelaki. Ketika cengkaman faraj mengendur. apa yang anda harus lakukan sekiranya anda masih boleh bertahan.

Hentikan “pause” kayuhan sebentar. Teruskan cumbuan dengan memberi perhatian ke puting ataupun tempat yang sensitif di bahagian atas tubuhnya . Setelah dua atau tiga minit, mulakan balik kayuhan dengan perlahan dan apabila faraj mula mencengkam lagi, tukar ke gear lebih tinggi. Perlu diingat, cengkaman setelah klimaks pertama tidak mungkin sekuat sebelumnya kerana pasangan anda sudah mula keletihan. Dan begitulah ia akan terus berulang selagi mana anda sanggup bertahan.

Apabila kedua-duanya karam, jangan terus dikeluarkan zakar dari faraj. Biarkan beberapa minit sambil anda membelai wajahnya. Ciumlah kening, dahi, bibir dan sebagainya sebagai tanda anda masih menyayanginya walaupun tugas anda sudah selesai. Lazimnya dia akan terus terlena kerana sudah tidak bermaya.

Perlu diingat bahawa Rome tidak terbina dalam sehari. Kalau gigih berusaha, tidak mustahil untuk tergolong dalam kelompok ‘elit’…lelaki hebat yang mungkin cuma satu dalam seribu.

Dan anda akan jadi lebih hebat jika dapat menguasai teknik membelai ’circuit breaker’.

Apa itu circuit breaker? Klentit le. Susah sangat ke. Nampak mudah tapi ‘kepakaran’ juga diperlukan. Klimaks dari gentelan biji kelentit lagi ‘umph’ dari tusukan zakar di faraj. Jangan terperanjat betapa kuat pelukan dan pautan seorang wanita disaat biji kelentitnya mengeras macam sebutir pasir sambil bergerak ke atas ke bawah…cuba lari dari sentuhan jari anda

Khamis, 18 Disember 2014

Kutip habis 95 GRO asing

Seremban: Seramai 95 wanita warga Vietnam dan dua wanita warga China, dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis di beberapa pusat hiburan di Taman Koop serta Pusat Komersial Kemayan Square, di sini, semalam dan kelmarin, dalam dua serbuan yang dijalankan berasingan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam operasi yang dijalankan di Kemayan Square, di sini, awal pagi kelmarin, pihaknya menahan 34 wanita warga Vietnam, dipercayai GRO dan tiada dokumen perjalanan sah.
Katanya, mereka ditahan reman dua minggu bermula kelmarin hingga 29 Disember ini mengikut Akta Imigresen 1959/1963.
“Selain wanita Vietnam terbabit, dua lelaki dan seorang wanita tempatan iaitu penjaga premis turut ditahan dan direman tiga hari bermula kelmarin hingga hari ini,” katanya.
Menurut Muhamad Zaki, dalam operasi dijalankan di Taman Koop, di sini, jam 1 pagi, semalam, pihaknya menahan 61 wanita warga Vietnam dan dua wanita China di beberapa premis hiburan.
Katanya, mereka turut dipercayai bekerja sebagai GRO selain tiada dokumen kemasukan sah ke negara ini.
“Kita mempercayai mereka ini bekerja sebagai GRO namun dinafikan sebagai pengunjung kelab malam terbabit. Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya semua wanita itu berusia antara 20 hingga 30-an.

Malaysia pilih laluan sukar

BANGKOK – Malaysia memilih jalan sukar untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF 2014 selepas tewas 0-2 kepada Thailand pada perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi.

Meskipun masih ada 90 minit untuk diharungi, sk
uad bimbingan Dollah Salleh perlu bekerja lebih keras untuk mengatasi defisit dua gol yang dimiliki Thailand, sekali gus melakar kemenangan pada perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Pada aksi malam tadi, gol pertama Thailand diperoleh pada minit ke-70 menerusi satu sepakan penalti selepas pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas menjatuhkan Adisak Kraisorn dalam kawasan kotak penalti.

Pemain tengah, Charly Chappuis yang mengambil sepakan penalti itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.

Tersentak dengan jaringan itu, Dollah melakukan dua pertukaran pemain untuk membawa masuk penyerang sensasi, Safee Sali dan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar bagi menggantikan tempat Amri Yahyah dan Mohd. Bahdri Radzi.

Bagaimanapun, anak-anak buah Kiatisuk Senamuang yang memperoleh suntikan semangat di atas kejayaan menjaringkan gol pertama itu dan sorakan padu hampir 50,000 penyokong melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya, mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi Kroekrit Thawikan pada minit ke-86.

Jaringan itu tidak membunuh semangat Harimau Malaya yang terus mengasak kubu lawan untuk mencari gol, sekali gus mengurangkan defisit gol itu.

Pada perlawanan malam tadi, peluang terbaik Harimau Malaya hadir seawal minit ketiga tetapi tandukan lemah pemain sayap kiri, Amri hasil hantaran pemain tengah, Safiq Rahim tepat ke dakapan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Dua minit kemudian, Kawin sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis keluar percubaan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha.

Norshahrul mempersia-siakan satu lagi peluang terbaik apabila gagal melepasi benteng pertahanan pasukan tuan rumah meskipun menerima lorongan bola yang cantik daripada Safiq pada minit ketujuh.

Dalam pada itu, peluang terbaik Thailand pada babak pertama hadir seawal minit keempat tetapi rembatan Mongkol Thosakrai melepasi palang gol manakala percubaan Kroekrit dua minit kemudian tersasar di penjuru kanan pintu gol Malaysia.

Tiga minit sebelum rehat, pemain pertahanan, Fadhli menghadirkan detik cemas buat anak-anak buah Dollah apabila tertanduk bola ke belakang.

Bagaimanapun, Adisak yang di posisi satu lawan satu dengan penjaga gol Harimau Malaya, Farizal mempersia-siakan peluang keemasan itu.

Kali pertama Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki adalah pada tahun 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Thailand pula menjulang trofi Piala AFF Suzuki pada tahun 2002. Meskipun berjaya menjejakkan kaki ke final, skuad Gajah Putih sekadar menjadi naib juara pada tahun 2007, 2008 dan 2012.

sumber : sukan kosmo

Jangan pertikai rezeki orang – AC, Nabil

Kemas dan segak penampilan pengacara dan pelawak, Datuk AC Mizal serta Nabil Ahmad pada majlis sidang akhbar pengumum
an hos Anugerah MeleTop Era yang berlangsung

di Restoran Soju Bar, Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipun penampilan berbeza daripada kebiasaan, namun celoteh mereka sama seperti selalu, tidak pernah gagal membikin orang ketawa.

Bertemu mereka berdua selepas diumumkan menjadi pengacara majlis Anugerah MeleTop Era buat kali kedua, temu bual yang disulami gelak tawa bertukar serius apabila mereka mula meluahkan rasa kecewa kerana pekerjaan individu seperti mereka yang lebih sinonim dengan humor selaku pengacara menjadi pertikaian orang lain.

Isu tersebut mula berbangkit daripada kenyataan seorang pengacara yang mempersoalkan pihak penganjur serta televisyen kebelakangan ini lebih gemar mengambil pelawak menjadi pengacara berbanding pengacara profesional dan serius.

AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini bermula sebagai seorang penyanyi, kemudian berlakon dan akhirnya kini dikenali pengacara turut terasa hati dengan kenyataan pengacara tersebut meskipun dia bukanlah seorang pelawak.

“Saya bukan pelawak tetapi saya pengacara yang sering membuat lawak apabila mengendalikan sesebuah program turut terasa tempias kenyataan tersebut. Tidak wajar untuk kita mempertikaikan rezeki orang lain. Ya, saya mengaku sekarang trend pelawak menjadi pengacara kerana itu kehendak pasaran semasa.

“Pelawak yang tiada asas menjadi pengacara harus belajar bagaimana untuk mengendalikan sebuah majlis. Begitu juga dengan saya, untuk menghiburkan penonton, selain menjalankan tugas hakiki sebagai pengacara supaya majlis berjalan lancar, saya juga berlawak sekali-sekala supaya penonton tidak bosan dan tertarik dengan cara penyampaian saya,” kata AC penuh serius.


Advertisement
NABIL mengaku mempunyai keserasian bersama AC sebagai pengacara di atas pentas.

Tambah AC lagi, untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai anak seni, seseorang itu harus meningkatkan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi supaya tidak tertinggal dengan orang lain. Bahkan dia melihat pekerjaan antara pengacara dan pelawak tidak jauh bezanya.

“Pengacara kelebihannya bercakap, begitu juga dengan pelawak. Cuma pelawak ada satu kelebihan lagi iaitu buat orang ketawa.

“Saya sudah berusia 42 tahun tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, bukan saya suka-suka tetapi itulah kehendak penonton program yang saya kendalikan. Saya bagi contoh, jika trend tahun depan meminta pengacara menangis sambil bercakap, saya akan menangis (ketawa).

“Penyanyi tidak boleh marah atau paksa peminat suka lagu mereka kalau lagu itu tidak sedap, situasi yang sama dalam bidang pengacaraan.

“Dunia seni persaingannya cukup sengit tidak kiralah penyanyi, pelakon, pelawak mahupun pengacara. Justeru, harus sentiasa ada peningkatan diri dan lakukan sesuatu pekerjaan mengikut kemampuan diri,” luah AC.

Nabil yang duduk di sebelah mengiyakan pendapat AC dan menambah, setiap pelawak yang menjadi pengacara mempunyai inisiatif untuk meningkatkan diri masing-masing ke tahap seterusnya dalam dunia seni.

Katanya, bukan mudah untuk mengacara sebuah program dan pada masa yang sama membuat lawak.

“Golongan pelawak bukannya merampas rezeki orang kerana rezeki itu diberikan oleh Allah. Saya bersyukur kerana golongan pelawak telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi selain membuat orang ketawa sahaja. Harus diingat tugas pelawak bukan mudah.


Advertisement
NABIL dan AC berjanji akan memberi persembahan terbaik pada majlis anugerah yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Februari tahun depan.

“Saya harus belajar bagaimana untuk kawal sesebuah majlis, kemudian memikirkan lawak yang sesuai dengan sesuatu acara. Jika yang jemput saya merupakan golongan korporat, tidak mungkin saya buat lawak depan ketua mereka dengan lawak dalam program Maharaja Lawak, misalnya.

“Saya harus buat kerja rumah, siapa tetamu yang hadir, lawak bagaimana yang boleh tarik perhatian mereka,” tutur Nabil.

Beritahu Nabil lagi, peluang kerja sebagai pengacara cukup terbuka luas sehingga kadangkala dia terpaksa menolak tawaran itu dan memberikannya kepada rakan yang lain. Itu membuktikan peluang kerja sebagai pengacara masih banyak permintaannya.

“Permintaan terhadap pengacara majlis cukup tinggi. Bayangkan, kadangkala saya terpaksa tolak tawaran kepada orang lain. Jadi, golongan pelawak bukanlah penutup periuk nasi golongan pengacara serius. Jika tidak mahu rasa ketinggalan, pengacara serius harus belajar membuat lawak.

“Jangan mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kelemahan diri sendiri. Contoh pengacara serius yang berjaya, Datuk Mahadzir Lokman, beliau kekal bertahan walaupun beratus pengacara baharu yang muncul kerana beliau boleh bertutur banyak bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.

“Jika mahu jadi sepertinya, harus ada peningkatan dalam diri selain hanya tahu bercakap sahaja. Kami pelawak tidak terjejas dengan kenyataan dikeluarkan pengacara tersebut,” kata Nabil.

Nabil mahu Neelofa

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang mengumumkan AC dan Nabil selaku pengacara majlis Anugerah MeleTop Era, pihak Astro masih merahsiakan nama pengacara lain yang akan bergandingan dengan mereka berdua.

Apabila ditanya adakah pengacara tetap program MeleTop iaitu Neelofa akan turut serta dalam majlis anugerah itu, pihak Astro tidak dapat memberikan sebarang pengesahan, sebaliknya akan mengumumkan pengacara tambahan dalam sidang akhbar akan datang.

Nabil yang disoal tentang kemungkinan ketiadaan Neelofa dalam majlis anugerah yang akan berlangsung pada 22 Februari 2015 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu bagaimanapun mengharapkan teman gandingannya itu akan turut serta bersamanya dan AC selaku pengacara majlis Anugerah MeleTop Era.

“Sudah bertahun-tahun saya bergandingan dengan Neelofa dalam program MeleTop, jika tiada dia, saya rasa agak janggal. Kami berdua sudah serasi mengendalikan sebuah program. Nama pun sudah anugerah MeleTop, jika tiada Neelofa tidak lengkaplah kerana program MeleTop sinonim dengan saya dan Neelofa.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapakah pengacara yang akan digandingkan bersama saya dan AC. Tidak kisahlah siapa yang akan digandingkan bersama kami, orang itu harus mempunyai keserasian di atas pentas,” tutur Nabil.

Bercakap mengenai majlis anugerah yang akan berlangsung buat kali kedua itu, timbul kebimbangan di hati Nabil kerana awal tahun ini ia berlangsung dengan jayanya apabila meraih seramai 1.2 juta orang penonton.

“Saya bimbang harapan tinggi yang diletakkan penonton kepada saya dan juga rakan pengacara yang lain. Jadi, saya perlu beri yang terbaik,” jelas Nabil.

AC turut mencelah, jika terlalu ramai pengacara yang digandingkan, dia bimbang akan timbul situasi kecoh di atas pentas apabila masing-masing berebut untuk bercakap.

“Betul kata Nabil. Orang itu harus serasi dengan kami berdua. Bimbang juga jika kami berdua buat lawak, orang ketiga itu tidak dapat tangkap apa yang kami cuba sampaikan. Selain itu, saya juga bimbang kecoh atas pentas kerana masing-masing ingin bercakap dan rebut perhatian.

“Paling penting pada majlis anugerah itu adalah tentang artis yang menghadiri majlis itu serta penonton, bukan tentang pengacara. Kerja kami memeriahkan lagi majlis tersebut,” kata AC.

Kategori baharu

Sementara itu dalam majlis sidang akhbar Anugerah MeleTop Era, turut diumumkan empat buat kategori baharu daripada 18 buah kategori keseluruhannya.

Kategori baharu yang diperkenalkan ialah Drama TV MeleTop, Hos TV MeleTop, Artis Lawak MeleTop dan Pelakon TV MeleTop.

Selain itu dua kategori iaitu Top Top MeleTop (Lelaki) dan Top Top MeleTop (Wanita) dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima undian tertinggi dalam kalangan lima calon terbaik.

“Penambahan kategori dilakukan dilakukan bersesuaian dengan pasaran semasa. Kini, terdapat banyak drama yang berkualiti serta memberi impak kepada penonton, justeru itu diadakan kategori untuk drama. Begitu juga dengan kategori yang lain, semuanya meraih perhatian luar biasa daripada penonton.

“Pihak kami berbangga, meskipun baru diperkenalkan pada awal tahun ini, Anugerah MeleTop Era telah mendapat sokongan semua pihak termasuk media, penonton dan juga artis,” kata Penolong Naib Presiden Astro Ceria & Segmen Remaja, Hadzelynda Khairuddin.

Lagu yang dipertandingkan dalam Anugerah MeleTop Era pula dipilih berdasarkan undian yang dibuat oleh peminat di radio Era FM.

“Kesemua lagu yang dipertandingkan berdasarkan lagu yang meraih undian paling banyak di stesen radio Era FM. Bukan kami yang memilih, sebaliknya peminat. Jika mereka ingin penyanyi kesayangan menang anugerah, mereka harus undi sekali lagi di laman web yang disediakan,” kata Pengurus Kandungan Era FM, Nazri Noran.

Setiap penyertaan yang dicalonkan telah dinilai oleh juri jemputan khas yang berpengalaman untuk menyenarai pendek calon kepada 20 nama bagi setiap kategori.

Anugerah yang menggunakan format undian seratus peratus itu telah pun membuka undian kepada peminat bermula 12 Disember lalu hingga 12 tengah hari, 11 Januari 2015.

Peminat boleh mengundi calon kegemaran mereka melalui dua cara iaitu menerusi laman web www.meletop.com.my dan www.era.fm atau menggunakan aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai hari ini.

sumber: hiburan kosmo